Utusan Borneo (Sarawak)

Pesta Selangau kembali dari 27-30 Julai

Tujuh program utama tampil penambahba­ikan hadiah untuk tarik lebih ramai peserta

- Oleh Reno Benjamin

SIBU: Pesta Selangau 2022 akan berlangsun­g semula dari 27 hingga 30 Julai ini selepas tertangguh selama dua tahun akibat pandemik COVID-19, dengan penambahba­ikan tujuh program utama.

Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Sempurai Petrus Ngelai berkata, Pesta Selangau kali keempat akan menampilka­n perbezaan dari segi hadiah.

Tujuh acara utama katanya, iaitu cabaran rakit, pertanding­an ratu cantik, ‘strongman,’ karaoke, ‘fun run,’ dart dan futsal akan ditambah baik dari segi hadiah.

“Kita telah meningkatk­an hadiah kerana kita ingin menarik lebih ramai peserta dari Kuching, Sibu Bintulu dan Miri terutama bagi acara berakit, sekali gus meningkatk­an taraf penganjura­nnya daripada tiga edisi sebelum ini.

“Tahun ini kita berasa syukur kerana mendapat dana yang mencukupi dan kita dapat meningkatk­an taraf penganjura­nnya. Apa yang menarik, kita turut menjemput rakan kita dari Majlis Daerah Kota Tinggi Johor yang telah kita kunjungi semasa lawatan sambil berlajar dua bulan lepas.

“Ini satu contoh kita membuka MDLBS dan pesta kita kepada orang luar. Kita

“Kita telah meningkatk­an hadiah kerana kita ingin menarik lebih ramai peserta dari Kuching, Sibu Bintulu dan Miri terutama bagi acara berakit, sekali gus meningkatk­an taraf penganjura­nnya ” daripada tiga edisi sebelum ini.

Sempurai Petrus Ngelai Pengerusi MDLBS

pernah juga memberitah­u mereka semasa lawatan lepas tentang apa yang menarik dari MDLBS iaitu Pesta Selangau dan Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Pesta Kebudayaan Dayak Borneo (BDCF),” ujarnya pada sidang media selepas mesyuarat keempat penganjura­n pesta tersebut di bilik mesyuarat MDLBS, semalam.

Sempurai memberitah­u, pihak penganjur akan menjemput Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas untuk upacara perasmian pada 27 Julai, manakala acara penutupan pada 30 Julai oleh Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk John Sikie Tayai.

Beliau turut mendedahka­n, pihaknya akan berbincang dengan pihak berkaitan bagi memastikan aliran trafik lancar dan penyediaan tempat letak kenderaan yang mencukupi.

“Kita semua tahu, kita telah mengalami kesesakan lalu lintas teruk semasa Pesta Selangau yang lalu. Ia adalah satu petanda yang baik kerana sambutan yang diterima amat menggalakk­an, tetapi kita perlu berbincang dengan pihak berkuasa berkaitan bagaimana untuk menangani lalu lintas supaya masalah tidak berulang,” jelasnya.

Pengerusi penganjur Pesta Selangau, Kaunselor Henry Kanyan Vincent Rawing berkata, tema tahun ini ialah ‘Selangau Pegari’ dan terbuka kepada semua, termasuk bukan warganegar­a Malaysia.

“Pesta Selangau akan membantu meningkatk­an ekonomi tempatan di Selangau terutamany­a selepas pandemik COVID-19,” ujarnya.

Bagi penginapan katanya, pihak penganjur akan berbincang dengan tuai-tuai rumah yang sudi dan sedia menyediaka­n tempat tinggal kepada mereka yang datang dari luar Selangau.

“Kami tahu penginapan di Selangau tidak mencukupi. Kami telah mengenal pasti beberapa rumah panjang untuk dijadikan inap desa khusus untuk program empat hari itu, ia akan mempromosi­kan rumah panjang di kawasan tersebut,” jelasnya.

Kanyan turut memberitah­u, MDLBS akan mengadakan jerayawara untuk mempromosi­kan pesta tersebut dan menerangka­n tentang peranan pihak majlis, yang akan bermula dari Sibu Jaya ke Stapang dan seterusnya ke Selangau.

Hadir sama ialah Timbalan Pengerusi MDLBS Wong Ching Yong serta yang lain.

 ?? ?? PROMOSI: Sempurai (empat kiri) memperkena­lkan logo Pesta Selangau sambil diperhatik­an Wong (tiga kiri), Henry (empat kanan) serta yang lain.
PROMOSI: Sempurai (empat kiri) memperkena­lkan logo Pesta Selangau sambil diperhatik­an Wong (tiga kiri), Henry (empat kanan) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia