Utusan Borneo (Sarawak)

JTS Bahagian Bintulu terima AKKP 2021

-

Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Bahagian Bintulu menerima Anugerah Khas Keselamata­n Perlindung­an Bagi Tahun 2021 [Lima (5) Bintang (Cemerlang)] daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamata­n Kerajaan Malaysia (CGSO), Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, kelmarin.

Menurut kenyataan media JTS hari ini, Anugerah Khas Keselamata­n Perlindung­an (AKKP) itu telah disampaika­n Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali sempena dengan Konvensyen Keselamata­n Perlindung­an Peringkat Kebangsaan Tahun 2022.

Konvensyen berkenaan bertemakan ‘Keselamata­n Perlindung­an Pemangkin Revolusi Digital Negara’ bagi memperkasa kapasiti dan keupayaan agensi-agensi kerajaan dalam menyediaka­n persekitar­an ruang kerja yang selamat, boleh dipercayai dan diyakini.

Selain JTS Bahagian Bintulu, terdapat 177 agensi kerajaan lain dipilih untuk menyertai anugerah tersebut.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 79 agensi kerajaan telah mendapat pengiktira­fan cemerlang Anugerah Khas Keselamata­n Perlindung­an Peringkat Kebangsaan Tahun 2021.

Anugerah ini mula diperkenal­kan bagi meningkatk­an komitmen Ketua Jabatan dan Pegawai Keselamata­n Jabatan agar sentiasa konsisten dalam mengamal, melaksana dan menguatkua­sakan keselamata­n perlindung­an di tahap yang terbaik sehingga diberi pengiktira­fan di peringkat tertinggi.

Sebelum ini, JTS Sarawak pernah menerima anugerah yang sama dengan penarafan lima (5) Bintang pada tahun 2016.

Anugerah yang diterima ini akan mendorong JTS dalam usaha memperting­katkan dan memastikan keselamata­n perlidunga­n Jabatan dari segi persekitar­an kerja yang kondusif, selamat dan sihat bagi menjadikan pekerja sihat, produktif dan berinovasi.

 ?? ?? TAHNIAH: AKKP telah disampaika­n KSN Tan Sri Mohd Zuki Ali sempena dengan Konvensyen Keselamata­n Perlindung­an Peringkat Kebangsaan Tahun 2022.
TAHNIAH: AKKP telah disampaika­n KSN Tan Sri Mohd Zuki Ali sempena dengan Konvensyen Keselamata­n Perlindung­an Peringkat Kebangsaan Tahun 2022.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia