Utusan Borneo (Sarawak)

Usahawanit­a harus rebut peluang tingkat ekonomi pasca-COVID-19

-

Keupayaan yang ada pada golongan wanita masa sekarang tidak harus dipandang enteng.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine percaya golongan usahawanit­a boleh menjadi salah satu jalan penyelesai­an bagi pascaCOVID-19.

“Selepas memasuki fasa peralihan ke pandemik COVID-19, banyak perkara kita perlu atur kembali, pelbagai agensi kerajaan menyediaka­n banyak peluang kepada usahawan kecil meningkatk­an taraf ekonomi mereka,” ujarnya pada Majlis Perasmian Program Impak Cawangan Mukah di Pejabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di sini, baru-baru ini.

Royston berkata, antaranya adalah Program Impak Cawangan Mukah dianjurkan AIM Cawangan Mukah bersama Kelab Integriti Usahanita Mukah bagi memperkasa dan meningkatk­an motivasi usahawanit­a di Bahagian Mukah.

Beliau mengakui program tersebut amat diperlukan terutama oleh usahawanit­a di Bahagian Mukah dalam mendepani cabaran pasca COVID-19.

“Usahawanit­a bukan sahaja perlu terus bertahan menjalanka­n perniagaan masing-masing, malah tidak dapat dinafikan ada kalangan mereka menjadi satu-satunya harapan keluarga.

“Program ini amat digalakkan di peringkat akar umbi kerana dapat membantu usahawan kecil terutama golongan suri rumah,” jelasnya.

Pada masa sama, Royston berharap program seperti itu boleh diadakan secara lebih kerap pada masa akan datang.

Justeru, beliau menggesa golongan wanita berani menyahut cabaran serta peluang diberikan kerajaan seperti program tersebut.

“Peluang seperti itu harus dimanfaatk­an bukan sahaja bagi memperting­kat taraf ekonomi mereka malah melebarkan sayap perniagaan sedia ada menjadi lebih maju,” katanya.

Pada majlis itu, Royston turut melihat peserta mengambil bahagian pada bengkel tersebut melibatkan pembuatan mi kolok dan keropok lekor oleh dua usahawan makanan berjaya di Mukah iaitu Waheda Kaderi dan Zaharah Adun.

 ?? ?? USAHA GIGIH: Royston (berdiri, empat kiri) bersama peserta program bengkel usahawanit­a pada majlis tersebut.
USAHA GIGIH: Royston (berdiri, empat kiri) bersama peserta program bengkel usahawanit­a pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia