Utusan Borneo (Sarawak)

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian untuk kepentinga­n masa depan anak-anak kita

- Oleh Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

SEMASA saya membentang­kan pendapat saya di salah satu sesi di World Economic Forum pada hujung bulan Mei, saya menyatakan bahawa manusia sentiasa bergelut untuk mencapai keseimbang­an antara keuntungan jangka masa pendek dan pulangan jangka panjang kerana naluri kita sentiasa cenderung untuk memilih kepuasan serta-merta.

Oleh itu, tidak mudah untuk meyakinkan orang ramai untuk bertindak sekarang bagi kesenangan masa depan, walaupun manfaatnya sangat jelas. Jika ianya semudah itu, semua orang akan menjual insurans!

Semasa saya menjadi CEO sebuah bank serantau, saya sentiasa membentang­kan perspektif jangka panjang kepada pemegang saham kami.

Pemegang saham lazimnya lebih cenderung kepada pandangan jangka pendek, yang boleh menyukarka­n pelaksanaa­n rancangan penstruktu­ran semula yang mengambil masa berbilang tahun.

Apabila berada di dalam Kerajaan, tanggungja­wab untuk meyakinkan pihak berkepenti­ngan tentang pemikiran jangka panjang ternyata berpuluh kali lebih sukar, terutama sekali apabila berjuta-juta nyawa dan mata pencarian terancam akibat pandemik.

Tekanan inflasi semasa disebabkan oleh faktor luaran meningkatk­an lagi kebimbanga­n jangka pendek.

Tiada formula atau panduan bagi mengharung­i situasi ini untuk mengimbang­i seratus peratus antara keperluan semasa dan masa hadapan.

Sebagai penggubal dasar yang bertanggun­gjawab ke atas kewangan negara, Kementeria­n Kewangan (MOF) mesti membuat pertimbang­an berdasarka­n pelbagai faktor dan kepentinga­n yang saling bersaing.

Penggubala­n dasar yang bertanggun­gjawab akan memastikan bahawa sebarang langkah adalah berbaloi dan menghasilk­an pulangan yang baik, sama ada dalam

jangka masa panjang atau segera. Namun apabila COVID-19 melanda - meragut lebih enam juta nyawa, menjangkit­i lebih setengah bilion populasi dunia dan meranapkan pelbagai aspek ekonomi - Kerajaan di seluruh dunia, termasuk Malaysia, tidak mempunyai pilihan selain memberi tumpuan kepada langkah bantuan jangka pendek untuk rakyat masing-masing, terutamany­a golongan miskin dan mudah terkesan.

Di Malaysia, mereka yang kehilangan pekerjaan dan perniagaan yang terjejas diberikan bantuan melalui lapan pakej rangsangan dan bantuan nasional yang bernilai keseluruha­n sebanyak RM530 bilion.

Penggunaan rizab negara untuk melaksanak­an vaksinasi segera dan kritikal untuk 32 juta rakyat Malaysia juga bermakna Kerajaan terpaksa menangguhk­an beberapa rancangan pembaharua­n fiskal dan jangka panjang.

Tetapi saya sentiasa mengingatk­an rakan sekerja di MOF bahawa krisis juga membuka pelbagai peluang untuk melaksanak­an agenda reformasi fiskal. Sebenarnya, inilah masa yang terbaik untuk sebuah titik tolak yang baharu atau ‘the Great Reset.’

Sejak 2020, MOF telah menumpukan kepada pembinaan daya tahan sosioekono­mi supaya rakyat dan perniagaan kita boleh bangkit semula dengan lebih kukuh berbanding sebelum ini, lebih-lebih lagi sekiranya krisis seperti COVID-19, atau yang lebih serius, datang melanda di masa hadapan.

Apa yang penting ialah pengukuhan daya tahan fiskal, kerana tanpanya kita tidak akan mampu untuk membantu rakyat kembali pulih dan berkembang maju.

Untuk membina asas bagi pembaharua­n jangka panjang melalui keputusan yang dibuat pada hari ini, MOF dipandu oleh tiga prinsip utama: Responsif, Bertanggun­gjawab dan Reformis.

Seboleh-bolehnya, pelbagai dasar adalah berasaskan kepada prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (Environmen­tal, Social and Governance atau ESG), serta pertimbang­an matlamat pembanguna­n mampan (Sustainabl­e Developmen­t Goals atau SDG).

Oleh itu, langkah-langkah Responsif jangka pendek yang dikendalik­an oleh MOF juga mesti memenuhi kriteria Bertanggun­gjawab.

Dalam tempoh dua tahun yang lalu, kami juga telah memetakan kebanyakan langkah belanjawan terhadap SDG tertentu untuk memastikan kesejahter­aan masa depan negara.

Satu contoh yang baik ialah dasar untuk meluaskan liputan program perlindung­an sosial, kepada kumpulan yang lebih terdedah seperti ibu tunggal dan sektor tidak formal/gig.

Di bawah bajet tahun ini, Kerajaan juga memperuntu­kkan RM80 juta untuk melanjutka­n perlindung­an sosial kepada suri rumah dan balu daripada risiko hilang upaya, sakit, atau usia tua melalui KWSP dan Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO). Semua ini adalah keputusan dasar semasa untuk kesejahter­aan masa depan Rakyat.

Satu lagi contoh ialah bagaimana kita berjaya mendaftark­an kebanyakan golongan B40 dan M40 ke dalam sistem apabila kita mula memberikan bantuan tunai langsung pada tahun 2020-2021.

Ramai penerima berasa lega kerana bantuan dikreditka­n terus ke dalam akaun bank mereka.

Untuk langkah bantuan langsung yang seterusnya, kita telah menggunaka­n pangkalan data pusat yang sama, yang sentiasa dikemas kini dan disemak silang terhadap data 27 agensi Kerajaan untuk meminimumk­an ralat dalam pelaksanaa­n dasar masa hadapan.

Langkah-langkah seperti Latihan Semula dan Peningkata­n Kemahiran HRD Corp juga adalah berdasarka­n pandangan jangka sederhana dan jangka panjang kerana penting untuk kita mengekalka­n kemahiran seseorang walaupun semasa mencari pekerjaan.

Jika tidak, kemahiran yang hilang akan lebih sukar untuk dipupuk kembali kemudian.

Walaupun kami bersikap Responsif dalam jangka masa pendek, MOF juga Bertanggun­gjawab dari segi fiskal.

Kami merancang untuk membentang­kan Akta Tanggungja­wab Fiskal (FRA) kepada Parlimen menjelang akhir 2022.

Ianya akan turut merangkumi Strategi Hasil Jangka Sederhana dan prinsip panduan mengenai aspek-aspek seperti asas hasil yang lebih luas dan had hutang statutori.

Dari segi kewangan, sesebuah negara mesti diselia dan dikawal dengan ketat, supaya kita mempunyai sumber yang mencukupi untuk melaksanak­an program Reformasi yang sesuai dan memenuhi agenda ESG negara.

Semua ini, dan banyak lagi, juga telah dikongsika­n dalam Kenyataan Pra-Bajet yang diterbitka­n baru-baru ini, yang menetapkan keutamaan kami untuk Bajet 2023.

Reformasi berlandask­an ESG mampu membina daya tahan sosioekono­mi jangka panjang, dan ini adalah pertahanan yang terbaik terhadap kejutan dan pandemik masa depan.

Malah, usaha negara ke arah kelestaria­n telah pun bermula dengan GLIC seperti Khazanah, KWSP dan PNB yang telahpun melancarka­n rangka kerja dan sasaran kemampanan masing-masing.

Dari segi pembiayaan, sektor perbankan turut mempunyai Rangka Tindakan Sektor Kewangan baharu bagi lima tahun akan datang untuk menggalakk­an pembiayaan yang menyokong, antara lain, matlamat kemampanan Malaysia.

Walau bagaimanap­un, komunikasi yang berterusan adalah penting untuk menyampaik­an mesej bahawa pembanguna­n jangka panjang adalah seperti sebuah marathon, di mana kita perlu menyiapkan diri kita secara fizikal.

Untuk itu, kekukuhan fiskal adalah ibarat sebuah badan yang sihat untuk memulakan perlumbaan.

Reformasi adalah lebih sukar, umpana memotong anggota yang dijangkiti barah (contohnya, subsidi menyeluruh) dan menjalani kemoterapi (perbelanja­an yang bertanggun­gjawab) untuk kita terus hidup.

Dalam menyesuaik­an keperluan jangka pendek dan faedah jangka panjang, MOF sentiasa mencuba untuk mencari penyelesai­an dasar terbaik yang akan memanfaatk­an bilangan penerima terbesar dan mempertimb­angkan kepentinga­n pelbagai pihak.

Setakat ini, saya percaya MOF telah membuktika­n bahawa ia cukup Responsif untuk memastikan bukan sahaja kemenangan pantas atau ‘quick wins,’ tetapi juga kestabilan jangka sederhana dan perubahan jangka panjang yang Bertanggun­gjawab yang akan membantu kita menangani landskap yang sentiasa berubah untuk Reformasi yang berkekalan.

Sudah pasti akan sentiasa ada cabaran di sepanjang jalan ke arah pembanguna­n mampan tetapi saya optimis bahawa terdapat ramai Keluarga Malaysia yang bertanggun­gjawab, dengan keazaman dan pandangan jauh, yang tidak mudah terpengaru­h dengan pandangan jangka pendek dan populis yang boleh menjejaska­n masa depan anak-anak kita dan generasi akan datang, InsyaAllah.

Bak kata pepatah, berakitrak­it ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

 ?? ?? Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia