Utusan Borneo (Sarawak)

Keputusan amat dinanti-nanti penduduk utara Sarawak

Pengumuman Brunei buka sepenuhnya perjalanan rentas sempadan darat dan laut bermula 1 Ogos disambut baik

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Pengumuman Brunei akan membuka sepenuhnya perjalanan rentas sempadan darat dan laut bermula 1 Ogos depan tertakluk keadaan semasa jangkitan COVID19 di negara itu mendapat reaksi positif rakyat utara negeri ini.

Seorang pengusaha kedai makanan, Nur Fazreen Usop, 34, berkata, keputusan itu amat dinanti-nanti khususnya penduduk utara negeri ini yang berdepan masalah perhubunga­n kerana ketiadaan jalan terus menuju ke Miri mahupun ke Sabah.

“Kita bersyukur jika sempadan dibuka semula dan aktiviti seharian dapat dilakukan seperti dahulu, khususnya mereka yang berulang-alik ke Miri mahupun Lawas.

“Pada masa ini, laluan udara agak mahal amat membebanka­n rakyat terutama berpendapa­tan rendah,” katanya kepada media di sini semalam.

Nur Fazreen berkata, rakyat Sarawak di utara negeri ini berharap agar prosedur melintas negara Brunei tidak terlalu ketat dan tanpa bayaran seperti sebelum ini apabila sempadan darat dan air dijangka dibuka Ogos ini.

Pengerusi Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Cawangan Limbang Mohamad Abu Bakar berkata, langkah Brunei membuka sepenuhnya perjalanan rentas sempadan darat dan laut awal Ogos nanti amat dinanti-nantikan.

Beliau berkata, kelembapan ekonomi susulan pandemik COVID-19 sejak dua tahun lalu memberi kesan dan menjejaska­n peniaga tempatan.

“Jika dibuka sempadan nanti, ia satu usaha murni dan disambut baik oleh rakyat

“Jika dibuka sempadan nanti, ia satu usaha murni dan disambut baik oleh rakyat Limbang, bukan sahaja merancakka­n aktiviti ekonomi dan perdaganga­n dua hala, malah memudahkan pergerakan kami ke luar ” Limbang. Mohamad Abu Bakar Pengerusi DUBS Cawangan Limbang

Limbang, bukan sahaja merancakka­n aktiviti ekonomi dan perdaganga­n dua hala, malah memudahkan pergerakan kami ke luar Limbang,” katanya.

Pengerusi Persatuan Melayu Limbang (PML) itu berkata, kerinduan bertemu ‘dangsanak’ di Brunei juga dapat diubati dengan pembukaan pintu sempadan itu semula selepas tidak bersua sejak lebih dua tahun.

“Pembukaan pintu sempadan itu bukan sahaja merancakka­n aktiviti ekonomi dan perdaganga­n dua hala, tetapi sekali gus menyambung semula hubungan kekeluarga­an selama ini tidak dapat bertemu,” jelasnya.

Bagi penduduk Lawas, Omarali Matjais berkata, pembukaan sempadan darat pada 1 Ogos nanti satu keputusan amat tepat pada masanya.

“Pembukaan itu melegakan ramai pihak kerana dapat meneruskan urusan perniagaan dan kerja masingmasi­ng terjejas sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa pandemik COVID19,” jelasnya.

Omarali yang juga pesara sebuah institusi kewangan di Kuching menjelaska­n, Brunei adalah rakan strategik penting bagi Malaysia dan Sarawak khususnya utara Sarawak, sama ada dalam bidang ekonomi mahupun sosial.

“Menjadi harapan kita agar ekonomi lebih rancak seperti dahulu dan mereka bersaudara boleh mengunjung­i majlis perkahwina­n dan kematian bagi mengukuh persaudara­an.

Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Brunei, Kewangan dan Ekonomi Dua, Dato Seri Setia Dr Awang Mohd Amin Liew

Abdullah mengumumka­n perjalanan rentas sempadan darat dan laut dirancang dibuka pada 1 Ogos depan tertakluk keadaan semasa jangkitan COVID-19 di negara ini dan serantau serta kesediaan peroperasi­an di pos-pos kawalan.

“Oleh itu, perjalanan tidak mustahak melalui darat dan laut adalah masih tidak dibenarkan sehingga 31 Julai depan,” katanya.

 ?? ?? NUR FAZREEN
NUR FAZREEN
 ?? ?? MOHAMAD
MOHAMAD
 ?? ?? OMARALI
OMARALI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia