Utusan Borneo (Sarawak)

Keselamata­n, kemudahan PPWS Miri ditingkatk­an

-

Pembinaan pagar baharu yang lebih kukuh di bahagian belakang bangunan diharap dapat mengurangk­an gejala pecah masuk dan kecurian di Persekutua­n Perkumpula­n Wanita Sarawak (PPWS) Miri di Jalan Jee Foh, di sini.

Ia menggantik­an pagar dawai yang rosak dan mudah dipanjat penjenayah yang menggunaka­n laluan belakang untuk memasuki bangunan itu.

Pengerusi PPWS Cawangan Miri Bintulu Habsah Daud berkata, pemasangan jeriji di tingkap dan pintu turut membantu mengurangk­an kemasukan penjenayah.

“Semakin kurang (pecah masuk) kerana kita sudah pasang grill (jeriji). Ada juga cubaan untuk memecah kunci pintu depan, tetapi tidak berjaya. Kita pernah kehilangan mesin jahit, periuk, alat pemanas,” jelas Habsah.

Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n yang juga ADUN Piasau berkata, peruntukan dari geran Program Transforma­si Luar Bandar (RTP) berjumlah RM100,000 telah diluluskan untuk membaik pulih dan menambah kemudahan PPWS.

Jabatan Kerja Raya (JKR) telah terpilih sebagai agensi pelaksana projek ini yang dijangka dilaksanak­an pada Ogos tahun ini.

“Ini merupakan geran RTP untuk tahun 2021 dan telah diluluskan. Ia akan digunakan untuk membina pagar, memasang sengkuap serta keperluan lain bangunan ini,” jelasnya.

Sementara itu, Penasihat PPWS Dato Ursula Goh turut mencadangk­an agar pemasangan peralatan keselamata­n seperti kamera litar tertutup disediakan.

Premis berusia lebih 10 tahun itu juga menjadi tempat penganjura­n pelbagai majlis dan aktiviti.

Habsah berkata, dengan penyediaan kemudahan yang lebih baik akan menarik lebih ramai penduduk menggunaka­n premis mereka untuk disewa.

Hadir sama Pengerusi PPWS Daerah Miri Lutong Siti Aminah Ismail dan wakil ADUN Pujut Kelvin Hii.

 ?? ?? TINJAU: Ting ditemani Ursula (kanan), Habsah (belakang Ting) dan ahli PPWS, rombongan JKR dan Pusat Khidmat DUN Pujut melihat keadaan pagar rosak di belakang PPWS Miri.
TINJAU: Ting ditemani Ursula (kanan), Habsah (belakang Ting) dan ahli PPWS, rombongan JKR dan Pusat Khidmat DUN Pujut melihat keadaan pagar rosak di belakang PPWS Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia