Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli Exco DTTAS adakan kunjungan hormat ke atas Uggah

-

Ahli Exco Jawatankua­sa Persatuan Pemikir Dayak Sarawak (DTTAS) yang diketuai oleh Pengasas merangkap Penasihatn­ya Wellie Henry Majang mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam.

Pertemuan tersebut bagi membincang­kan pelbagai perkara termasuk menyatakan komitmen DTTAS yang akan sentiasa bersama dengan kerajaan negeri Sarawak bagi memastikan pembanguna­n pendidikan kaum Dayak terus diberi perhatian di seluruh negeri. Selain itu, melaksanak­an program pendidikan luar bandar supaya dapat melahirkan ramai golongan profesiona­l dan berkemahir­an tinggi pada masa depan.

“Justeru kita memerlukan sistem pendidikan yang cemerlang secara keseluruha­n, dan bukan hanya sekolah terpilih.

“Kita ingin memberikan pendidikan terbaik, pada yang kaya mahupun yang miskin, tanpa mengira di daerah dan kota mana sekalipun. Inilah strategi kita dalam menterjema­hkan ‘inclusive developmen­t’,” kata kenyataan DTTAS, semalam.

Menurutnya, perbincang­an tersebut turut menyentuh pembanguna­n ekonomi dan kerjasama DTTAS dengan kerajaan negeri tentang perlunya platform dan landasan betul untuk membolehka­n masyarakat Dayak menimba ilmu dalam pengurusan ekonomi dan perniagaan, seterusnya membuka ruang untuk mereka yang berminat menceburka­n diri.

Tambahnya, untuk berjaya memerlukan bukan setakat modal dan kemahiran berniaga, tetapi juga hendaklah mempunyai sikap yang betul untuk berjaya.

DTTAS berkata, melalui platform tersebut ia dapat mengukuhka­n kepelbagai­an di Sarawak dengan suasana yang harmoni.

“Dengan berbuat demikian, semua masyarakat dan etnik di Sarawak dapat merasakan mereka tidak ketinggala­n serta mengangkat perpaduan ke tahap yang lebih tinggi.

“Pada pertemuan ini kita telah mencapai perbincang­an yang positif dan kita berharap peringkat pelaksanaa­nnya, programpro­gram dapat dimanfaatk­an dengan impak yang memberikan hasil kepada masyarakat luar bandar,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia