Utusan Borneo (Sarawak)

Pasar raya Emart DIY King Centre dijangka dibuka pada 22 Julai

-

Pasar raya Emart DIY King Centre dijangka dibuka pada 22 Julai depan, kata jurucakap Emart semalam.

Menurutnya, Emart DIY King Centre bakal menjadi yang pertama seumpamany­a di Kuching, sekali gus menjadi destinasi pembelian pelbagai koleksi perabot DIY dan peranti elektronik.

Sementara itu, semalam merupakan hari pembukaan bagi pasar raya Emart King Centre, cawangan Emart yang ke-13 di seluruh Sarawak.

Pasar raya tiga tingkat yang mempunyai keluaran 130,000 kaki persegi itu menawarkan produk segar, makanan keperluan asas, barangan bayi, kasut, pakaian dan sebagainya.

Beroperasi dari jam 8 pagi hingga 10 malam setiap hari, penyewa di dalam pasar raya yang sama beroperasi dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Terdapat pelbagai promosi menarik yang berbeza setiap hari menanti para pengunjung yang akan berlangsun­g hingga 21 Julai ini.

Emart mengadakan Peraduan Foto dengan setiap perbelanja­an bernilai minimum RM60 dalam satu resit.

Pengunjung hanya perlu mengambil foto di manamana ruangan di dalam pasar raya Emart King Centre dengan tertera jelas papan tanda atau logo Emart.

Kemudian, mereka perlu menghantar gambar tersebut terus ke kotak mesej di laman sosial Facebook (FB) Emart dengan peluang untuk membawa pulang baucar tunai bernilai sehingga RM1,000.

Sementara itu, 23 gerai penyewa di dalam pasar raya tersebut turut mengadakan promosi minimum RM1 dan tiga lagi penyewa akan mula beroperasi tidak lama lagi.

Ruangan parkir tingkat bawah boleh memuatkan sekurang-kurangnya 100 kereta pada satu-satu masa dan meletak kereta adalah percuma dengan setiap perbelanja­an bernilai sekurangku­rangnya RM10.

Bagaimanap­un, sempena pembukaan rasminya semalam, Emart King Centre menawarkan parkir percuma kepada semua pelanggann­ya.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? TERKINI: (Dari kiri) Pegawai Bertanggun­gjawab Emart King Centre Robert Loh Wei Teck, Pegawai Kanan Emart Simon Lee Sui Sui, Penasihat Kumpulan Emart Hii Toh Toun, Ketua Wilayah Selatan Emart Phang Kang Wai, Pengarah Urusan Kumpulan Emart Ngu Ting Sii, Pemilik Hartanah Kapitan Tan Kun Gee, Ketua Pegawai Eksekutif Midas Mart Christine Lee, Ketua Wilayah Emart Liew Yiew Teck dan Pengurus Wilayah Maslee Wholesale Cash and Carry Sdn Bhd Lee Bon Lye merakamkan kenangan pada hari pembukaan Emart King Centre, semalam.
— Gambar Chimon Upon TERKINI: (Dari kiri) Pegawai Bertanggun­gjawab Emart King Centre Robert Loh Wei Teck, Pegawai Kanan Emart Simon Lee Sui Sui, Penasihat Kumpulan Emart Hii Toh Toun, Ketua Wilayah Selatan Emart Phang Kang Wai, Pengarah Urusan Kumpulan Emart Ngu Ting Sii, Pemilik Hartanah Kapitan Tan Kun Gee, Ketua Pegawai Eksekutif Midas Mart Christine Lee, Ketua Wilayah Emart Liew Yiew Teck dan Pengurus Wilayah Maslee Wholesale Cash and Carry Sdn Bhd Lee Bon Lye merakamkan kenangan pada hari pembukaan Emart King Centre, semalam.
 ?? — Gambar Chimon Upon ?? TUMPUAN: Emart King Centre dibanjiri ramai pelanggan pada hari pembukaann­ya semalam dengan pelbagai pilihan barangan.
— Gambar Chimon Upon TUMPUAN: Emart King Centre dibanjiri ramai pelanggan pada hari pembukaann­ya semalam dengan pelbagai pilihan barangan.
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia