Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga suspek ditangkap, 11 kes berkaitan along di Miri selesai

Mereka diberkas dalam beberapa serbuan Ops Vulture 26 Mei lalu

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

“Kumpulan ini juga dipercayai terlibat dalam beberapa siri kejadian jenayah khianat dengan cara simbah cat dan gangguan atau ugutan jenayah di sekitar ” daerah Miri.

ACP Alexson Naga Chabu Ketua Polis Daerah Miri

MIRI: Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri berjaya menyelesai­kan 11 kertas siasatan melibatkan kumpulan along yang menjalanka­n kegiatan pinjaman wang tanpa lesen susulan tiga suspek yang ditangkap sebelum ini telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Miri kelmarin.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata, bertindak atas maklumat, polis berjaya menangkap ketiga-tiga suspek terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 27 hingga 31 tahun dalam beberapa siri serbuan dinamakan Ops Vulture pada 26 Mei lalu yang mana suspek dipercayai bergiat aktif dalam kegiatan tersebut di sini.

“Kumpulan ini juga dipercayai terlibat dalam beberapa siri kejadian jenayah khianat dengan cara simbah cat dan gangguan atau ugutan jenayah di sekitar daerah Miri.

“Turut dirampas dalam operasi ini ialah beberapa dokumen dan rekod-rekod yang dipercayai digunakan dalam kegiatan pinjaman wang tanpa lesen dan juga perbuatan simbah cat,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.

Alexson berkata, siasatan kes dijalankan di bawah peruntukan Seksyen 5(2) Akta Pinjaman Wang Tanpa Lesen 1951 serta Seksyen 29AA(1) dan Seksyen 29B(2) akta yang sama.

Selain itu katanya, kes turut disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 kanun yang sama.

Alexson berkata, kesemua suspek terlibat telah didakwa di Mahkamah Majistret Miri kelmarin atas 11 pertuduhan secara bersama di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Alexson berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius isu terbabit yang mengganggu ketenteram­an masyarakat setempat dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang menyalahi undang-undang negara.

“Orang ramai harus menjadi rakyat yang bertanggun­gjawab dan dinasihatk­an agar tidak mudah hanyut dan mengambil jalan mudah dalam membuat pinjaman wang, khasnya daripada pihak yang tidak dikenali iaitu tidak berdaftar atau berlesen serta belum jelas aktiviti perniagaan pinjaman wang yang dijalankan terutama secara dalam talian semata-mata.

“Hal seumpama ini akan terjadi apabila mangsa itu mengambil jalan singkat dengan membuat pinjaman wang dalam talian tanpa membuat semakan dan pengesahan atas ketelusan aktiviti dan kegiatan pihak pemiutang terlibat terlebih dahulu.

“Oleh itu, masyarakat hendaklah berurusan dengan pihak syarikat pemiutang yang berdaftar dan telah jelas status aktiviti perniagaan mereka seperti institusi kewangan berdaftar yang disahkan mematuhi undang-undang Malaysia,” gesa beliau.

Sementara itu, semakan pengesahan kepada pihak berkuasa yang mengeluark­an lesen atau pendaftara­n syarikat atas aktiviti perniagaan boleh dilakukan kepada pihak Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan menerusi talian 03-88913285 atau e-mel kepada bkkk@ kpkt.gov.my ataupun pihak berkuasa tempatan atau pejabat Residen iaitu Pejabat Kredit Komuniti Bahagian Miri menerusi talian 085433203.

Alexson turut menasihatk­an agar orang ramai terutamany­a di daerah Miri agar lebih aktif dalam mengambil tahu pelbagai maklumat pencegahan jenayah komersial yang dibuat melalui Facebook rasmi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak.

Orang awam juga boleh datang terus ke Pejabat BSJK IPD Miri bagi mendapatka­n nasihat atau menyalurka­n sebarang maklumat berhubung kes-kes jenayah komersial yang berlaku.

 ?? ?? ALEXSON
ALEXSON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia