Utusan Borneo (Sarawak)

Gunakan media sosial untuk pulangan lumayan: Lee

-

Mereka yang ingin menjadi pempengaru­h atau selebriti media sosial diingatkan untuk menggunaka­n peluang terbabit sebaik mungkin yang dilihat mampu memberikan pulangan yang lumayan, jelas Menteri Pengangkut­an Dato Sri Lee Kim Shin.

Katanya, dengan perkembang­an teknologi terkini dan masyarakat lebih gemar menggunaka­n platform di hujung jari, penglibata­n pempengaru­h boleh membawa kesan publisiti serta peluang perniagaan yang meluas.

“Menjadi ‘influencer’ atau selebriti media sosial sekarang dilihat menjadi satu trend, bahkan masing-masing mereka yang sudah menjadi ‘influencer’ berkenaan mempunyai platform atau channel mereka sendiri yang boleh dilayari oleh pelbagai lapisan masyarakat.

“Malah menjadi selebriti terbabit juga tidak mempunyai had umur atau kaum, sesiapa sahaja boleh, asalkan berani mencuba sesuatu yang kini dianggap sebagai trend,” ujarnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri Senadin itu berkata demikian dalam majlis makan tengah hari bersama selebriti media sosial popular dari negara Singapura, Hong Chin Chiew atau lebih dikenali sebagai Wang Lei di sini, kelmarin.

Menurut Lee, melalui penggunaan media sosial secara meluas kini, mereka yang mahu menjadi selebriti tersebut boleh menggunaka­n peluang berkenaan sebaiknya.

“Dengan adanya Internet, anda boleh berhubung dengan seluruh dunia tanpa sekatan.

“Kita sekarang adalah di era di mana penggunaan media sosial adalah semakin meluas dan sudah pasti kita perlu mengikut rentak masa,” katanya.

Terdahulu, Lee mengalualu­kan kedatangan Wang Lei serta rombongann­ya ke bandar raya Miri.

Lee berharap dengan kehadiran Wang Lei secara langsung dapat mempromosi­kan keindahan yang ada di Miri terutamany­a tempat-tempat yang boleh menarik minat para peminatnya di Singapura untuk datang ke Miri.

Dalam pada itu, Lee yang juga Pengerusi SUPP Senadin turut menasihatk­an pasukan belianya yang ingin menubuhkan Kelab Influencer Miri agar memanfaatk­an peluang untuk berkongsi ilmu berharga daripada Wang Lei.

Jelas beliau, kelab berkenaan kini dalam fasa pendaftara­n yang terdiri daripada lapan ahli dan berharap selepas penubuhann­ya rasmi kelab itu nanti, ia dapat menyediaka­n platform untuk lebih ramai selebriti media sosial yang berpotensi menyertain­ya.

Hadir sama dalam majlis makan tengah hari terbabit ialah Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n I Datuk Sebastian Ting dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pujut Adam Yii.

 ?? ?? UNTUK ALBUM: Lee serta yang lain merakam kenangan bersama pempengaru­h popular Singapura Wang Lei (lapan kanan) selepas majlis makan tengah hari bersama di Miri, kelmarin.
UNTUK ALBUM: Lee serta yang lain merakam kenangan bersama pempengaru­h popular Singapura Wang Lei (lapan kanan) selepas majlis makan tengah hari bersama di Miri, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia