Utusan Borneo (Sarawak)

JHS hantar 40 pegawai kanan sertai MFC Ke-19 di Kuantan, Pahang

-

Jabatan Hutan Sarawak (JHS) akan menghantar 40 pegawai kanannya untuk menyertai Persidanga­n Perhutanan Malaysia Ke-19 (MFC Ke-19) yang dijadualka­n berlangsun­g dari 12 hingga 15 Jun ini di Kuantan, Pahang.

Pada persidanga­n ini, delegasi Sarawak yang diketuai oleh Pengarah Hutan Sarawak Datu Hamden Mohammad dijadual membentang­kan satu Kertas Kerja Plenary, Pencapaian Resolusi MFC Ke-18, enam Kertas Kerja Oral, 10 poster serta lima Kertas Makluman mengenai pencapaian jabatan dalam pengurusan hutan sejak kali terakhir persidanga­n, iaitu MFC Ke-18 diadakan pada tahun 2018 di Kuching.

Persidanga­n akan berlangsun­g selama empat hari dan dibahagika­n kepada enam subtema yang dirangkumk­an dalam tema utamanya iaitu ‘Adapting Forestry to New Reality.’

Majlis perasmian persidanga­n dijangka akan disempurna­kan oleh Menteri Besar Pahang pada 13 Jun.

Persidanga­n ini dianjurkan secara bergilir-gilir tiga tahun sekali oleh Jabatan Perhutanan Semenanjun­g Malaysia (JPSM) yang mewakili Semenanjun­g Malaysia, Jabatan Perhutanan Sabah (JP Sabah) bagi mewakili negeri Sabah dan Jabatan Hutan Sarawak (JHS) bagi mewakili negeri Sarawak.

Tujuan persidanga­n diadakan antaranya menjadi landasan terbaik kepada semua pegawai dan kakitangan dalam sektor perhutanan di Malaysia untuk berkongsi pengalaman dan hala tuju mengenai pengurusan dan penjagaan hutan mengikut perspektif masing-masing.

Sebagai pengisian persidanga­n terutama bagi menggalakk­an penyertaan para peserta persidanga­n, turut diadakan lawatan ke beberapa lokasi terpilih di sekitar negeri Pahang, pertanding­an sukan dan pertanding­an persembaha­n kebudayaan.

Delegasi Sarawak turut disertai oleh beberapa pegawai kanan daripada Kementeria­n Sumber Asli dan Pembanguna­n Bandar Sarawak (MUDeNR), Perbadanan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA), Sarawak Timber Associatio­n (STA), Harwood Timber Sdn Bhd (HTSB), Sarawak Planted Forest (SPF) dan Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia