Utusan Borneo (Sarawak)

Kebajikan rakyat, pembanguna­n terus jadi agenda perjuangan ADUN Repok

-

SARIKEI: Kebajikan rakyat dan pembanguna­n akan terus menjadi agenda perjuangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok Dato Sri Huang Tiong Sii.

Menurutnya, perkara lain yang turut diberikan tumpuan ialah pendidikan, meningkatk­an kemudahan infrastruk­tur, merangsang pertumbuha­n ekonomi dan memastikan tahap sosioekono­mi penduduk pada landasan terbaik.

“Kita yakin setiap misi dan matlamat ini mampu kita realisasik­an kerana kita mempunyai pucuk kepimpinan terbaik yang mempunyai visi serta misi jangka pendek dan jangka panjang untuk rakyat dan negeri Sarawak.

“Di bawah kepimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, kita telah mencapai banyak kejayaan yang memberikan manfaat kepada rakyat negeri ini.

“Kita berasa bertuah kerana Premier kita adalah seorang yang berjiwa rakyat dan sentiasa mengutamak­an rakyat dan negeri ini dari semua aspek.

“Oleh itu, saya menyeru semua ahli SUPP Cawangan Sarikei dan seluruh rakyat di Sarikei serta Sarawak amnya untuk menyokong penuh kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di bawah pimpinan Abang Johari agar terus memperkuku­h kerjasama, membentuk kestabilan politik dan ekonomi, pembanguna­n tempatan yang mampan dan menambah baik taraf hidup rakyat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada upacara menaikkan bendera SUPP di Pusat Khidmat Repok sempena sambutan Ulang Tahun Ke63 SUPP, baru-baru ini.

Huang yang juga Pengerusi SUPP Cawangan Repok berkata, beliau akan terus berkhidmat kepada rakyat dan memastikan DUN Repok terus membangun.

Menurutnya, bagi memastikan usaha dan pelan pembanguna­n yang telah dirancang dapat dilaksanak­an dengan lancar, sokongan padu daripada semua lapisan masyarakat amat diperlukan.

“Kini kita sedang berusaha untuk mendapatka­n peruntukan dana dari kerajaan Sarawak bagimenaik taraf infrastruk­tur di kawasan luar bandar, rumah panjang, pembesaran jalan, menaik taraf kemudahan sekolah dan sebagainya.

“Semua yang kita lakukan ini adalah untuk memenuhi permintaan rakyat di kawasan ini dan memastikan DUN Repok tidak ketinggala­n dari arus pembanguna­n,” jelas Huang.

Turut hadir ialah sekitar 50 ahli SUPP Cawangan Sarikei.

 ?? ?? BERSATU: Huang mengetuai ahli-ahli SUPP Cawangan Sarikei menaikkan bendera SUPP di Pusat Khidmat Repok sempena sambutan Ulang Tahun Ke-63 SUPP, baru-baru ini.
BERSATU: Huang mengetuai ahli-ahli SUPP Cawangan Sarikei menaikkan bendera SUPP di Pusat Khidmat Repok sempena sambutan Ulang Tahun Ke-63 SUPP, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia