Utusan Borneo (Sarawak)

Agong, Raja Permaisuri berkenan ke istiadat mengarak panji-panji

-

PUTRAJAYA: Yang diPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah semalam berkenan menyempurn­akan istiadat mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Dataran Pahlawan Negara, di sini.

Turut berangkat pada istiadat sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong itu, adalah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h.

Keberangka­tan tiba pasangan Diraja pada 8.30 pagi itu disambut dengan alunan lagu Negaraku daripada Pancaragam Gabungan Pusat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di bawah pimpinan Mejar (DOM) Muhamad Nor Azizan Yahya.

Ia disusuli terbang lintas hormat lima pesawat ATM dengan membawa Jalur Gemilang, bendera ATM, Panji Tentera Darat Malaysia (TDM), Panji Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Panji Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang diketuai Mejar Nazrul Nizam Ismail dari No 10 Skuadron TUDM.

Serentak itu, sebanyak 21 das tembakan kehormatan dilepaskan oleh 41 Bateri Artileri Diraja (Istiadat) yang diketuai Lt Kol Mohammad Asri Che Wil.

Al-Sultan Abdullah kemudianny­a memeriksa perbarisan yang terdiri daripada 57 pegawai dan 847 anggota daripada ketiga-tiga cabang perkhidmat­an ATM, diketuai Pegawai Pemerintah Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (18 RAMD) Lt Kol Mohd Fadzly Mohd Yasin.

Usai pemeriksaa­n barisan, Gabungan Pancaragam Pusat ATM masuk membuka medan sekali gus istiadat mengarak lima Panji Yang di-Pertuan Agong menyusul dengan penuh istiadat ketenteraa­n dalam tempo kawad perlahan dan cepat.

Lima Panji Yang di-Pertuan Agong diarak iaitu Panji Rejimen Askar Melayu, Panji Rejimen Renjer Diraja, Panji Kor Armor Diraja, Panji Tentera Laut Diraja Malaysia dan Panji Tentera Udara Diraja Malaysia.

Panji-panji merupakan satu penghormat­an dan lambang kemegahan, semangat dan ketaatseti­aan yang tidak berbelah bahagi oleh ATM terhadap Raja dan Negara.

Penganuger­ahan panjipanji kepada perkhidmat­an di dalam ATM iaitu TDM, TLDM dan TUDM merupakan pengiktira­fan, penghormat­an dan lambang kesetiaan sesebuah perkhidmat­an berkenaan kepada Raja dan Negara.

Pada penghujung istiadat itu, laungan “Daulat Tuanku” sebanyak tiga kali digemakan oleh anggota perbarisan diikuti dengan bacaan doa yang dipimpin Ketua Pengarah Kor Agama ATM Mej Jen Mohd Rashidi Bujai dan diakhiri lagu “Negaraku”.

Al-Sultan Abdullah sekali lagi menerima lintas hormat oleh kelima-lima pesawat ATM sebelum Seri Paduka Baginda dan Tunku Azizah, berangkat meninggalk­an majlis itu pada 9.30 pagi.

Istiadat yang berlangsun­g kira-kira satu jam itu turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan isteri Datin Seri Muhaini Zainal Abidin, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein dan isteri, serta Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang dan isteri.

Istiadat berkenaan merupakan majlis terakhir daripada enam acara yang dijadual berlangsun­g bermula dari 2 Jun lepas hingga semalam, bersempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong pada Isnin (6 Jun) lepas.

 ?? — Gambar Bernama ?? BACAAN DOA: Pasukan Perbarisan Kawalan Kehormat mengaminka­n bacaan doa yang dipimpin Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Mej Jen Mohd Rashidi Bujai pada Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Dataran Pahlawan (gambar kanan).
— Gambar Bernama BACAAN DOA: Pasukan Perbarisan Kawalan Kehormat mengaminka­n bacaan doa yang dipimpin Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Mej Jen Mohd Rashidi Bujai pada Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Dataran Pahlawan (gambar kanan).
 ?? — Gambar Bernama ?? MELINTASI PENTAS: Pasukan Kawalan Kehormat yang membawa panji-panji melintasi pentas Diraja pada Istiadat Mengarak PanjiPanji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Dataran Pahlawan, semalam.
— Gambar Bernama MELINTASI PENTAS: Pasukan Kawalan Kehormat yang membawa panji-panji melintasi pentas Diraja pada Istiadat Mengarak PanjiPanji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Dataran Pahlawan, semalam.
 ?? ?? DAULAT TUANKU: Pasukan Perbarisan Kawalan Kehormat melaungkan ‘Daulat Tuanku’ pada Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Dataran Pahlawan, Putrajaya, semalam.
DAULAT TUANKU: Pasukan Perbarisan Kawalan Kehormat melaungkan ‘Daulat Tuanku’ pada Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Dataran Pahlawan, Putrajaya, semalam.
 ?? ??
 ?? — Gambar Bernama ?? PENGHORMAT­AN: Al-Sultan Abdullah Riayatuddi­n memberi tabik hormat kepada pasukan kawalan kehormat yang membawa panji-panji Yang di-Pertuan Agong pada Istiadat Perarakan panjipanji sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda di Dataran Pahlawan, Presint 1, Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama PENGHORMAT­AN: Al-Sultan Abdullah Riayatuddi­n memberi tabik hormat kepada pasukan kawalan kehormat yang membawa panji-panji Yang di-Pertuan Agong pada Istiadat Perarakan panjipanji sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda di Dataran Pahlawan, Presint 1, Putrajaya, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? TABIK HORMAT: Al-Sultan Abdullah Riayatuddi­n memberi tabik hormat semasa melakukan pemeriksaa­n barisan kehormat pada Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda di Dataran Pahlawan, Presint 1, Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama TABIK HORMAT: Al-Sultan Abdullah Riayatuddi­n memberi tabik hormat semasa melakukan pemeriksaa­n barisan kehormat pada Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda di Dataran Pahlawan, Presint 1, Putrajaya, semalam.
 ?? ??
 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA: Ismail Sabri bersama Hishammudd­in pada Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda di Dataran Pahlawan, Presint 1, Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama MESRA: Ismail Sabri bersama Hishammudd­in pada Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda di Dataran Pahlawan, Presint 1, Putrajaya, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? MENGARAK PANJI: Al-Sultan Abdullah Riayatuddi­n melakukan pemeriksaa­n barisan kehormat pada Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda di Dataran Pahlawan, Presint 1, Putrajaya, semalam (gambar kanan).
— Gambar Bernama MENGARAK PANJI: Al-Sultan Abdullah Riayatuddi­n melakukan pemeriksaa­n barisan kehormat pada Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda di Dataran Pahlawan, Presint 1, Putrajaya, semalam (gambar kanan).
 ?? ??
 ?? — Gambar Bernama ??
— Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia