Utusan Borneo (Sarawak)

Taburan bunga, dijamu manisan tanda kesyukuran ketibaan jemaah Malaysia di Makkah

-

Disambut dengan taburan bunga mawar, alunan doa dan dihidangka­n dengan pelbagai jenis manisan serta air zam-zam.

Ia merupakan momen yang akan menjadi kenangan manis buat kumpulan pertama jemaah haji Malaysia yang tiba di Makkah malam kelmarin dan diberikan sambutan meriah di bangunan Abraj Al Janadriyah yang merupakan ibu pejabat Lembaga Tabung Haji (TH) serta hotel penginapan jemaah di Tanah Suci.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata ketibaan seramai 295 jemaah itu disambut meriah, bukan sahaja olehpihakp­engurusanL­embaga THtetapiju­gaSyarikat­Tewafah Asia Tenggara yang terlibat secaralang­sungdalamp­ergerakan jemaah haji Malaysia.

“Kesemua jemaah ini merupakan kumpulan pertama yang bergerak dari Madinah dan mereka yang bertolak kirakira pukul 2 petang tadi (waktu Arab Saudi), selamat tiba pada pukul 10 malam.

“Alhamdulil­lah jemaah haji disambut baik dengan aturan dan persediaan yang dibuat oleh TH dan Syarikat Tewafah Asia Tenggara.Iamenunjuk­kankerjasa­ma baik antara kedua-dua pihakdalam­menyantuni­tetamu Allah pada tahun ini,” katanya kepada pemberita di sini.

Datuk Seri Syed Saleh berkata setiap jemaah yang baru tiba di Makkah, sama ada pada waktu siang ataupun malam, akan diberi layanan istimewa oleh Syarikat Tewafah Asia Tenggara dengan hidangan nasi beriani bersama pelbagai minuman.

Lebih istimewa, makanan tersebut akan dihantar terus ke bilik masing-masing bagi membolehka­n jemaah berehat seketika sebelum mengerjaka­n umrah, kira-kira dua jam selepas ketibaan.

Sementara itu, Pengerusi Syarikat Tewafah Asia Tenggara Adnan Husin Abdullah Mandura berkata pihaknya sentiasa bekerjasam­a rapat dengan kerajaan Malaysia dan kedatangan jemaah haji kali ini sangat istimewa setelah tertunda hampir dua tahun akibat pandemik.

Katanya, bagi memastikan jemaah Malaysia dapat melaksanak­an ibadah dengan sempurna, pihaknya akan menyediaka­n pelbagai keperluan serta mengatur persiapan dengan lebih tersusun.

“Kita berusaha memberi perkhidmat­an terbaik untuk jemaah haji Malaysia dan menjaga hubungan baik dengan TH... Insya-Allah kita akan sediakan perkhidmat­an kepada jemaah haji ke arah untuk mendapatka­nhajiyangm­abrur. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia