Utusan Borneo (Sarawak)

Isu hina Nabi, umat Islam diseru bersatu

-

Umat Islam di negara ini diseru supada bersolidar­iti dalam menentang penghinaan yang dilakukan oleh dua ahli politik India terhadap Nabi Muhammad SAW.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata penghinaan berkenaan dianggap sebagai perbuatan melampau dan tidak boleh diterima.

“Malah perkara ini juga boleh dijadikan iktibar dan pengajaran bahawa orang Islam perlu bangkit dan bersatu barulah orang tidak boleh hina agama dan Nabi kita, sekali gus akan berasa gerun apabila melihat umat Islam bersatu, kalau kita berpecah orang boleh buat apa sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Program Lambaian Kaabah di Dewan Haji Nik Abdullah Arshad, Kompleks Purnama di Pengkalan Chepa di sini semalam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankua­sa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Dr Izani Husin.

Sebelum ini media melaporkan Malaysia bersama Indonesia, Qatar, Kuwait, Iran, Arab Saudi dan negara Islam lain mengutuk kenyataan ahli politik daripada parti pemerintah India yang didakwa menghina Islam baru-baru ini.

Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu turut menyangkal dakwaan bahawa pihaknya tidak bertindak tegas dalam isu tersebut, malah katanya,

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) terlebih dahulu telah mengeluark­an kenyataan mengenai isu itu dan mengutuk sekeras-kerasnya penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW.

“Saya juga telah mengeluark­an dua kenyataan untuk mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ini dan Alhamdulil­lah kita tengok sensitivit­i orang Islam terhadap Nabi masih tinggi yang memberi respon pada kenyataan yang dikeluarka­n.

“Selain itu, saya juga difahamkan hari ini terdapat beberapa penyertaan daripada badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang sedang berarak ke kedutaan India untuk membuat bantahan, jadi kita sokong bantahan tersebut,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SUMBANGAN: Ahmad Marzuk (kanan) menyampaik­an sumbangan kewangan kepada bakal haji selepas merasmikan Program Lambaian Kaabah di Dewan Haji Nik Abdullah Arshad, Kompleks Purnama di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, semalam.
— Gambar Bernama SUMBANGAN: Ahmad Marzuk (kanan) menyampaik­an sumbangan kewangan kepada bakal haji selepas merasmikan Program Lambaian Kaabah di Dewan Haji Nik Abdullah Arshad, Kompleks Purnama di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia