Utusan Borneo (Sarawak)

Zakri dilantik sebagai Felow Pengasas Majlis Sains Antarabang­sa

-

Pengerusi bersama Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia Bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) Tan Sri Zakri Abdul Hamid kembali menjadi tajuk utama berita apabila beliau dilantik sebagai seorang daripada 66 anggota Felow Pengasas Majlis Sains Antarabang­sa (ISC).

Dalam satu kenyataan semalam, MIGHT berkata pengumuman itu dibuat oleh Presiden ISC Peter Gluckman pada majlis perasmian yang diadakan di Paris, kelmarin.

Menurut kenyataan itu, Zakri yang juga Felow Kanan Akademi Sains Malaysia (ASM) merupakan wakil Felow Pengasas tunggal dari Malaysia dan ASEAN.

Turut tersenarai ialah ahli ekonomi terkenal Amerika Syarikat Jeffrey Sachs, Presiden Akademi Sains Dunia (TWAS) Mohamed H. Hassan,

Presiden Persatuan Saintifik Diraja Jordan Puteri Sumaya El Hassan, pemenang Hadiah Nobel dari Taiwan Yuan T. Lee dan Jane Lubchenco daripada Pejabat Dasar Sains dan Teknologi Rumah Putih.

Pengiktira­fan itu merupakan penghormat­an tertinggi yang diberikan oleh ISC kepada saintis individu.

Ia mengiktira­f individu yang mempunyai rekod prestasi yang luar biasa dalam lebih daripada satu domain berikut; iaitu mempromosi­kan sains untuk kebaikan global di peringkat antarabang­sa; menyediaka­n kepimpinan saintifik yang luas (di arena antarabang­sa atau serantau); mempromosi­kan suara global untuk sains; membangunk­an inisiatif dan struktur saintifik utama, dan pencapaian saintifik.

ISC ialah pertubuhan bukan kerajaan dengan keahlian global yang unik yang menghimpun­kan lebih 200 kesatuan saintifik antarabang­sa dan persatuan serta organisasi saintifik nasional dan serantau termasuk akademi dan majlis penyelidik­an.

Sementara itu, Zakri menzahirka­n penghargaa­n kepada ISC atas pengiktira­fan yang disifatkan­nya sebagai satu penghormat­an besar bukan sahaja buat dirinya malah kepada negara.

“Untuk memastikan kita seiring dengan perkembang­an saintifik dan teknologi, seseorang itu perlu bersama dengan mereka yang terbaik. Tambahan pula, Malaysia mesti kekal komited dalam kerjasama antarabang­sa dan proaktif dalam diplomasi sains,” katanya.

Zakri, kini Penyandang Kelima Kursi Tun Hussein Onn Pengajian Antarabang­sa di Institut Kajian Strategik dan Antarabang­sa Malaysia, selain bekas penasihat sains kepada Perdana Menteri dan Ahli Lembaga Penasihat Saintifik kepada Setiausaha Agung Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu ketika itu, Ban Ki-moon.

Sementara itu ketika mengalu-alukan pengiktira­fan terbaharu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MIGHT Datuk Dr Mohd Yusoff Sulaiman memuji usaha dan dedikasi sepanjang hayat Zakri dalam mempromosi­kan kerjasama saintifik antarabang­sa.

“Kesediaan kami dalam mengasimil­asikan kemajuan saintifik dan teknologi tinggi, akan terus kekal sebagai asas kesejahter­aan kami yang merupakan antara negara perdaganga­n terkemuka di dunia.

“Justeru, kita memerlukan pemimpin-pemimpin sains untuk memperjuan­gkannya,” tambahnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia