Utusan Borneo (Sarawak)

Hina Nabi: 140 NGO serah memorandum kepada Kedutaan India

-

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) mewakili 140 badan bukan kerajaan (NGO) menghantar memorandum bantahan kepada Kedutaan India di Jalan Pahang di sini, berhubung isu penghinaan Nabi Muhammad SAW.

Pengerusi MAIM Muhammad Najhan Shahir Halim berkata memorandum itu dihantar untuk memohon kerajaan India khasnya Parti Bharatiya Janata (BJP) mengenakan tindakan tegas melucutkan jawatan dalam parti atau kerajaan terhadap dua pemimpin parti itu yang mengeluark­an kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW.

“Kami kesal dan dukacita terhadap kenyataan pemimpin BJP India, Nupur Sharma yang didakwa membuat kenyataan menghina dalam debat televisyen dan juga Naveen Jindal atas komennya di media sosial terhadap Nabi Muhammad.

“Kerajaan India khasnya Parti BJP perlu memohon maaf kepada seluruh umat Islam di serata dunia khasnya di India atas penghinaan ini dan berjanji tidak akan mengulangi pada masa akan datang,” katanya pada sidang media selepas menyerahka­n memorandum berkenaan.

Muhammad Najhan Shahir berkata pihaknya menyokong usaha dan tindakan tegas Kerajaan Malaysia yang memanggil Pesuruhjay­a Tinggi India ke Malaysia serta menyatakan bantahan rasmi terhadap negara itu.

Baru-baru ini dua jurucakap BJP yang mentadbir India telah mengeluark­an kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda Saidatina Aisyah RA.

Perkara itu telah membangkit­kan kemarahan umat Islam di seluruh negara, terutama di Asia Barat, yang mengutuk tindakan itu sehingga terdapat pusat beli-belah yang memunggah keluar produk India daripada rak jualan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BANTAHAN: Umat Islam berhimpun di Kedutaan India di Jalan Pahang, Kuala Lumpur bagi menunjukka­n bantahan berhubung isu penghinaan Nabi Muhammad SAW, semalam.
— Gambar Bernama BANTAHAN: Umat Islam berhimpun di Kedutaan India di Jalan Pahang, Kuala Lumpur bagi menunjukka­n bantahan berhubung isu penghinaan Nabi Muhammad SAW, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia