Utusan Borneo (Sarawak)

Bayi pasangan mati lebih 40 tahun lalu didapati masih hidup

Polis rayu bantuan orang awam selesai kes pembunuhan misteri

-

WASHINGTON: Pihak berkuasa Texas Khamis lepas mengumumka­n mereka telah mengesan seorang wanita Amerika yang mana ibu bapanya ditemui meninggal dunia pada 1981 semasa dia masih bayi, dan merayu kepada orang awam untuk membantu menyelesai­kan misteri berkaitan pembunuhan mereka.

“Bayi Holly dikesan masih hidup dan sihat serta sekarang berusia 42 tahun,” peguam bela di pejabat wilayah barat daya, Ken Paxton berkata dalam satu kenyataan.

“Kami berasa sangat gembira pada hari ini kerana Holly telah ditemui,” pembantu pertama bagi peguam umum Brent memberitah­u wartawan, namun menambah: “Kami masih lagi memburu suspek dalam kes ini.”

Keluarga Tina dan Harold Clouse, dan bayi yang dikenali sebagai Holly, menyatakan kali terakhir mereka mendengar berita daripada pasangan itu pada 1980.

Pada 1981, mayat pasangan dari Florida itu ditemui di sebuah kawasan hutan di

Houston, namun mereka tidak dikenali secara positif sebagai pasangan Clouse sehingga tahun lepas, melalui penggunaan teknik ginelogi genetik.

Holly “telah dimaklumka­n mengenai identiti ibu bapa kandungnya dan dapat bertemu dengan keluarga kandungnya yang lain buat kali pertama pada Khamis ini,” kata Webster, menerangka­n ia adalah pertemuan secara maya.

“Mereka berharap untuk bertemu dengan dia secara bersemuka tidak lama lagi.”

Pihak pendakwa raya memberitah­u wartawan bahawa Holly telah ditinggalk­an di sebuah gereja di Arizona, dan dibesarkan dalam sebuah keluarga yang anggota keluargany­a tidak disyaki bagi perbuatan khianat.

Polis sedang mencari dua wanita yang “memperkena­lkan diri mereka sebagai anggota sebuah kumpulan agama nomad” yang membawa Holly ke gereja tersebut, kata beliau.

“Mereka memakai jubah putih dan hanya berkaki ayam,” jelas Webster.

“Mereka menunjukka­n kepercayaa­n bagi agama mereka termasuk pengasinga­n antara anggota kumpulan lelaki dan wanita, mengamalka­n tabiat memakan sayur-sayuran dan tidak menggunaka­n atau memakai barangan daripada kulit.”

Pada lewat 1980 atau awal 1981, saudara mara kepada pasangan Clouse telah menerima satu panggilan telefon daripada seorang wanita yang memperkena­lkan dirinya sebagai “Sister Susan,” jelas beliau.

Pemanggil memberitah­u pasangan Clouse telah menyertai kumpulanny­a dan ingin memutuskan hubungan dengan keluarga mereka serta melepaskan harta mereka. Wanita itu menawarkan untuk memulangka­n kereta pasangan itu ke Florida sebagai pertukaran dengan wang.

Anggota keluarga telah menghubung­i pihak polis. Ketika dua atau tiga orang wanita berjubah tiba dengan kereta itu, mereka telah ditahan, namun tidak pernah didakwa, jelas Webster, menggesa orang awam untuk melaporkan sebarang maklumat mengenai kes tersebut.

“Bagaikan satu rahmat apabila dimaklumka­n bahawa dia selamat dan memiliki satu kehidupan yang baik,” Cheryl Clouse, ibu saudara Holly, dipetik berkata dalam kenyataan dari pejabat peguam bela umum Texas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia