Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki rempuh orang awam di Berlin ada tanda-tanda hidap penyakit mental

-

BERLIN, Jerman: Pendakwa raya akan cuba menahan seorang lelaki Jerman-Armenia yang dituduh memandu sebuah kereta ke arah sekumpulan orang awam di tengah Berlin ditempatka­n di pusat penjagaan psikiatrik selepas dia menunjukka­n tanda-tanda penyakit mental, seorang jurucakap bagi pendakwaan berkata kelmarin.

Lelaki berusia 29 tahun itu menunjukka­n tanda “yang sangat kuat” sebagai penghidap ‘schizophre­nia paranoid’, kata jurucakap Sebastian Buechner, sehari selepas seorang guru sekolah terkorban dan 32 orang lagi tercedera dalam insiden itu.

Dadah telah ditemui dalam flat suspek itu, tambah beliau.

Siasatan lanjut akan menentukan sama ada penyakit mental merupakan punca bagi jenayah, namun satu tindakan keganasan telah diputuskan baru-baru ini, menurut Buechner.

Suspek dituduh memandu ke arah orang awam di sebuah daerah beli-belah yang sibuk di bandar utama Jerman, merempuh sekumpulan remaja serta membunuh guru mereka sebelum merempuh melalui sebuah tingkap kedai.

Insiden berlaku hanya di seberang Breitschei­dplatz, di mana seorang penyokong Islamic State sengaja memandu sebuah trak ke arah sebuah pasar Krismas pada 2016, membunuh 12 orang.

Kereta berwarna perak Renault Clio dengan plat pendaftara­n Berlin pada mulanya naik ke atas kaki lima, melanggar pelajar sekolah menengah yang sedang mengadakan lawatan kelas, sebelum kembali semula ke jalan raya dan kemudian merempuh ke depan sebuah kedai minyak wangi.

Seorang guru wanita dengan kumpulan dari sebuah sekolah di Bad Arolsen, sebuah pekan kecil di tengah Jerman Hesse, telah terbunuh dan seorang guru lelaki mengalami kecederaan serius.

Jerman menyaksika­n beberapa rempuhan kereta berbahaya sejak serangan pasar Krismas 2016, dengan kebanyakan dilakukan oleh orang yang didapati mempunyai masalah psikologi.

Menteri dalam negeri Berlin Iris Spranger pada Rabu lepas menyatakan tiada “bukti konklusif bagi satu tindakan politik” di Berlin dan serangan kelihatan “dilakukan oleh seseorang yang mengalami masalah psikologi.”

 ?? — Gambar AFP ?? BERI PENGHORMAT­AN: Menteri Hal Ehwal Keluarga, Warga Emas, Wanita dan Belia Jerman Lisa Paus (tiga kanan) memberi penghormat­an di tempat kejadian yang mana seorang lelaki memandu ke arah orang awam di sebuah daerah beli-belah yang sibuk di bandar utama Jerman, merempuh sekumpulan remaja serta membunuh guru mereka sebelum merempuh melalui sebuah tingkap kedai.
— Gambar AFP BERI PENGHORMAT­AN: Menteri Hal Ehwal Keluarga, Warga Emas, Wanita dan Belia Jerman Lisa Paus (tiga kanan) memberi penghormat­an di tempat kejadian yang mana seorang lelaki memandu ke arah orang awam di sebuah daerah beli-belah yang sibuk di bandar utama Jerman, merempuh sekumpulan remaja serta membunuh guru mereka sebelum merempuh melalui sebuah tingkap kedai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia