Utusan Borneo (Sarawak)

Berlin, London, Paris gesa Iran adakan gencatan nuklear

-

Jerman, United Kingdom dan Perancis kelmarin menggesa Iran agar “menggencat serangan nuklearnya” dan segera membuat keputusan bagi perjanjian yang sekarang dalam perbincang­an” bagi menghidupk­an kembali perjanjian nuklear 2015.

“Terdapat satu perjanjian yang sedang diperbinca­ngkan sejak Mac 2022,” kata mereka dalam satu kenyataan bersama.

“Kami berasa kesal bahawa Iran tidak mencegah peluang diplomatik bagi membuat keputusan bagi perjanjian. Kami menggesa ia dilakukan sekarang.”

Sebelum ini dikenali sebagai Pelan Tindakan Komprehens­if Bersepadu (JCPOA), perjanjian 2015 memberikan kelegaan kepada Iran daripada sekatan ekonomi yang melumpuhka­n sebagai pertukaran untuk menangani aktiviti nuklearnya.

Namun pada 2018 presiden AS ketika itu Donald Trump secara satu pihak sahaja menarik diri daripada perjanjian dan melaksanak­an semula sekatan, menyebabka­n Iran mula kembali semula kepada komitmenny­a sendiri.

Rundingan bagi mengembali­kan semula perjanjian bermula pada April tahun lepas, namun telah tertangguh sejak Mac.

Berlin, London dan Paris mengeluark­an kenyataan mereka selepas badan pemerhati tenaga atom PBB pada awal kelmarin menyatakan Iran telah mengeluark­an 27 kamera pengawasan di beberapa buah fasiliti nuklearnya, memberikan amaran ini mungkin merupakan satu “pukulan teruk” terhadap rundingan bagi mengembali­kan semula perjanjian 2015.

“Kami menggesa Iran untuk...menggencat kegiatan nuklearnya, dan segera memberikan keputusan bagi perjanjian yang sekarang diperbinca­ngkan bagi mengembali­kan JCPOA, ketika ia masih dapat dilakukan,” menurut kenyataan tersebut. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia