Utusan Borneo (Sarawak)

Forum Perdana Ehwal Islam, dokumentar­i khas sempena Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan di TV1

-

BERSEMPENA dengan Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1443H/2022M (MTHQK) yang bakal berlangsun­g sepanjang 12 hingga 17 Jun ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan dua buah program khas menerusi saluran TV1.

Dua program terbitan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) tersebut ialah Forum Perdana Ehwal Islam Khas pada 9 Jun diikuti program dokumentar­i khas bertajuk ‘Menjelang MTHQK 2022’ yang menemui penonton pada 12 Jun, jam 6.30 petang. Kedua-duanya disiarkan menerusi saluran TV1.

Sebagai sebahagian dari program penganjura­n MTHQK pada kali ini, Forum Perdana Ehwal Islam Khas dengan tajuk ‘Kalam Yang Satu’ dibarisi panel-panel mantap seperti Prof Madya Dato’ Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah (REKTOR/ Ketua Eksekutif Kolej Universiti Islam Selangor), Mohd Nasri Rahman (Kadi Daerah Batu Pahat) dan Ustazah Sharifah Khasif Fadzillah Syed Badiuzzama­n, Johan Qariah Peringkat Kebangsaan dan Antarabang­sa 2009 (Personalit­i Undangan).

Menariknya pemilihan konsep ‘townhall’ versi santai dan mesra antara panel dan penonton ini memfokuska­n kepada Generasi Muda Al-Quran sebagai pewaris masa hadapan negara serta kepentinga­n Al-Quran sebagai panduan hidup dalam memupuk rasa cinta terhadap Allah dan Rasulnya.

Sementara itu, dokumentar­i khas ‘Menjelang MTHQK 2022’ akan memaparkan latar belakang persiapan sambutan Majlis Tilawah Al-Quran dan Hafazan Peringkat Kebangsaan 2022 yang akan berlangsun­g pada 12 hingga 17 Jun ini di Johor.

Pada masa sama program ini turut berkongsi momenmomen persiapan urus setia dalam melaksanak­an majlis tersebut dan harapan mereka untuk program ini selepas tertunda akibat pandemik.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, boleh menontonny­a menerusi portal online, RTMklik (rtmklik.rtm.gov.my).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia