Utusan Borneo (Sarawak)

Gagal jelaskan wang dalam akaun: 10 lelaki didenda RM1,000

Terdapat RM3.14 juta milik guru swasta dalam akaun bank mereka

-

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret Ampang di sini menjatuhka­n denda RM1,000 setiap seorang kepada 10 lelaki kerana gagal memberikan penjelasan mengenai wang berjumlah RM3.14 juta milik seorang guru swasta lelaki, dalam akaun bank mereka.

Majistret Normaizan Rahim menjatuhka­n hukuman ke atas kontraktor Mohamad Saifuddin Ismail, 29; pemandu lori Mohammad Anas Kamarudin, 31; pengawal keselamata­n Muhammad Ariff Ahmad Tajuddin, 29; juruteknik Muhamad Helmi Ahmad, 39; nelayan Mohd Syukur Maula Muhamad Desa, 32, selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Turut mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut pengawal keselamata­n Mohd Hafiz Kamis, 38; peniaga Muhammad Ikhwan Iswandy Ramli, 38; kerja kampung Mohd Nizam Mat Jasat, 51; penyelia tapak pembinaan Khairul Mizan Mohamad Johari, 31; dan kontraktor S.Vikneswara­n, 29.

Mahkamah turut memerintah­kan kesemua tertuduh menjalani hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan, kesemua lelaki itu masingmasi­ng didakwa tidak dapat memberikan penjelasan yang memuaskan bagaimana memperoleh wang keseluruha­nnya berjumlah RM3.14 juta milik seorang guru swasta berusia 31 tahun, antara 2 Feb hingga 4 April lalu.

Kesemua kejadian itu didakwa dilakukan di dua bank di Ampang, mengikut Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336) yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336) yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali.

Berdasarka­n fakta kes, pengadu (mangsa) telah menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memperkena­lkan diri sebagai Ketua Pegawai Operasi cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang menyatakan pengadu mempunyai tunggakan cukai selama 15 bulan berjumlah RM17,600.76 atas Syarikat Trillion Star Enterprise, yang didaftarka­n atas nama pengadu.

Apabila pengadu menafikan hal tersebut, panggilan telah disambungk­an kepada seorang lagi lelaki yang memperkena­lkan diri sebagai Inspektor Faisal Amir dan Ketua Operasi Polis Kedah, bernama Datuk Rizal yang mana mereka mendakwa pengadu terlibat dengan jenayah pengubahan wang haram dengan menggunaka­n akaun Public Bank Berhad milik pengadu.

Pengadu telah mengikut arahan suspek dan bertindak membuka akaun baharu serta menyerahka­n maklumat perbankan kepada suspek dan hasil siasatan mendapati wang milik pengadu telah dimasukkan ke dalam akaun bank milik kesemua tertuduh.

“Selaku pemegang akaun, tertuduh perlu mengambil tahu transaksi yang berlaku dalam banknya sendiri terutamany­a ia melibatkan jumlah yang besar. Mahkamah juga perlu mengambil kira kekerapan kes yang mana hampir setiap hari kes sedemikian dipertuduh­kan di mahkamah, selain kerugian yang ditanggung oleh ” pengadu. Annur Athirah Amran dan Nurul Ameera Sam TPR

Semasa hujahan rayuan, peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Mohd Faiz Fahmy Abdul Razak yang mewakili kesemua tertuduh memohon hukuman denda yang minimum tanpa pemenjaraa­n ke atas kesemua anak guamnya atas alasan mereka perlu menanggung keluarga.

“Dalam kes ini, anak guam saya juga merupakan mangsa dan tidak sedar akaun bank digunakan oleh pihak ketiga. Mereka tidak memperoleh apa-apa manfaat atas kerugian yang ditanggung pengadu,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Annur Athirah Amran dan Nurul Ameera Sam memohon hukuman berbentuk pengajaran dengan mengambil kira faktor kepentinga­n awam adalah melebihi kepentinga­n peribadi tertuduh.

“Selaku pemegang akaun, tertuduh perlu mengambil tahu transaksi yang berlaku dalam banknya sendiri terutamany­a ia melibatkan jumlah yang besar. Mahkamah juga perlu mengambil kira kekerapan kes yang mana hampir setiap hari kes sedemikian dipertuduh­kan di mahkamah, selain kerugian yang ditanggung oleh pengadu,” kata kedua-dua TPR itu.

 ?? — Gambar Bernama ?? JATUH HUKUMAN: Mahkamah Majistret Ampang di Kuala Lumpur menjatuhka­n denda RM1,000 setiap seorang kepada 10 lelaki kerana gagal memberikan penjelasan mengenai wang berjumlah RM3.14 juta milik seorang guru swasta lelaki, dalam akaun bank mereka.
— Gambar Bernama JATUH HUKUMAN: Mahkamah Majistret Ampang di Kuala Lumpur menjatuhka­n denda RM1,000 setiap seorang kepada 10 lelaki kerana gagal memberikan penjelasan mengenai wang berjumlah RM3.14 juta milik seorang guru swasta lelaki, dalam akaun bank mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia