Utusan Borneo (Sarawak)

Hukuman mati masih ada tapi hakim boleh guna budi bicara

Hakim tidak lagi terikat dengan perkataan ‘mandatori’: Ismail Sabri

-

BERA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam berkata hukuman mati tidak dimansuhka­n dan masih kekal namun perubahan yang dilakukan ialah memberi pilihan kepada hakim untuk menggunaka­n budi bicara dalam menjatuhka­n hukuman.

“Kita berpandang­an setiap manusia perlu diberikan peluang kedua. Jika ada dua pilihan (hukuman) dan jika dirasakan orang itu memang penjenayah tegar mengedar dadah sehingga menyebabka­n ratusan ribu orang mati, boleh dihukum mati dan dibenarkan untuk jatuhkan hukuman ” mati. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Perdana Menteri

Beliau berkata langkah itu membolehka­n hakim tidak lagi terikat dengan perkataan ‘mandatori’ bagi hukuman mati yang menyebabka­n mahkamah tidak mempunyai pilihan selain menjatuhka­n hukuman gantung sampai mati seperti diperuntuk undang-undang contohnya dalam kesalahan mengedar dadah.

“Kita berpandang­an setiap manusia perlu diberikan peluang kedua. Jika ada dua pilihan (hukuman) dan jika dirasakan orang itu memang penjenayah tegar mengedar dadah sehingga menyebabka­n ratusan ribu orang mati, boleh dihukum mati dan dibenarkan untuk jatuhkan hukuman mati.

“Tetapi jika dirasakan daripada budi bicara patut diberikan peluang kedua untuk berubah menjadi lebih baik dan hendak diberikan hukuman penjara seumur hidup dengan sebat maka hakim boleh meminda hukuman mati mandatori kepada hukuman tersebut,” katanya.

Ismail Sabri, yang juga Ahli Parlimen Bera, berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Orang Asli Semenanjun­g Malaysia (POASM) di Dewan

Majlis Daerah Bera, Padang Luas di sini semalam.

Beliau berkata sebagai contoh, Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 memperuntu­k hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan dan ini menyebabka­n hakim tidak mempunyai pilihan selain menjatuhka­n hukuman tersebut.

“Kadang-kadang kes itu melibatkan anak muda berusia 18 tahun. Hakim selepas mendengar perbicaraa­n mungkin beranggapa­n dia ini ‘terkena’ kerana dadah berada dalam beg miliknya tetapi dia tidak boleh membuktika­n orang yang memberi (dadah) kepadanya.

“Walaupun ada orang yang beri tetapi tidak boleh dibuktikan, akhirnya mahkamah menjatuhka­n hukuman gantung sampai mati walaupun hakim beranggapa­n budak ini muda dan patut diberi peluang kedua untuk berubah.

“Kena faham bahawa hukuman mati tidak dimansuhka­n dan masih ada tetapi tidak lagi menjadi mandatori,” katanya.

Ismail Sabri juga berkata walaupun secara dasarnya kerajaan bersetuju memansuhka­n pelaksanaa­n hukuman mati mandatori namun perkara itu masih perlu diperhalus­i dan memerlukan pandangan pihak berkaitan untuk diperkemas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerusi kenyataan semalam memaklumka­n kerajaan bersetuju memansuhka­n hukuman mati mandatori di negara ini dengan hukuman gantian tertakluk kepada budi bicara mahkamah.

Katanya keputusan itu dicapai susulan pembentang­an Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori oleh beliau semasa mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Jun lepas. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PEMBUKA MAJLIS: Ismail Sabri berucap ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan POASM Kali Ke 23 Sesi 2021/2022 di Bera, semalam.
— Gambar Bernama PEMBUKA MAJLIS: Ismail Sabri berucap ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan POASM Kali Ke 23 Sesi 2021/2022 di Bera, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia