Utusan Borneo (Sarawak)

KPT beri ruang universiti tentu masa sesuai kelas secara fizikal sepenuhnya

-

Kementeria­n Pengajian Tinggi memberi ruang kepada pihak universiti awam dan swasta untuk menetapkan masa bersesuaia­n bagi pelaksanaa­n pengajaran dan pembelajar­an (PdP) secara fizikal sepenuhnya, bergantung kepada kapasiti dan keupayaan kampus masing-masing.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad berkata pihaknya yakin setiap universiti dapat menilai keupayaan mereka dan akan memilih tarikh bersesuaia­n bagi menerima kedatangan sepenuhnya pelajar di kampus.

“Kita tidak mahu berlaku masalah tidak diduga, sebab akhirnya masalah ini akan kembali kepada masyarakat dan kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program Perantis dan Menandatan­gi Memorandum Persefaham­an (MoU) antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan McDonald’s

Malaysia di sini semalam.

Naib Canselor UiTM Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor yang turut hadir dalam majlis pelancaran itu berkata MoU yang ditanda tangani semalam bermatlama­t menyediaka­n peluang kerjaya kepada 4,000 pelajarnya melalui program perintis di syarikat makanan segera itu.

Sementara itu Roziah berkata UiTM merekodkan kadar kebolehpas­aran graduannya pada tahap 84 peratus menerusi Rumusan Kajian Impak universiti tersebut dalam tempoh 20 tahun.

“Laporan itu membuktika­n kebolehpas­aran graduan UiTM diiktiraf oleh QS World University Rankings sebagai ‘Most Employable Grads Among World’s Varsities’. Sementara itu, Analisis Kajian Pengesanan Graduan KPT 2021 melaporkan kebolehpas­aran graduan UiTM tahun lalu adalah pada kadar 83 peratus walaupun mendepani cabaran pandemik,” ujarnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia