Utusan Borneo (Sarawak)

CUEPACS gesa kerajaan laksana tiga langkah bantu penjawat awam

-

Kongres Kesatuan PekerjaPek­erja Di Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) semalam menggesa kerajaan agar melaksanak­an tiga langkah penting bagi membantu penjawat awam yang kini terkesan akibat kenaikan harga barang.

Presidenny­a Datuk Adnan Mat berkata langkah itu ialah melaksanak­an gaji minimum penjawat awam RM1,800; menaikkan dua tahap Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) dan melaksanak­an sistem saraan baharu yang lebih berkesan.

“Kami tetap berterima kasih kepada kerajaan kerana melaksanak­an beberapa langkah utama tangani kenaikan harga barang, tetapi pada masa ini masih tidak mampu membantu kami menghadapi situasi itu dengan kedudukan kewangan dan gaji kami sekarang,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perhimpuna­n Bersama Penjawat Awam dihadiri kira-kira 600 orang di sini semalam.

Adnan berkata pelaksanaa­n gaji minimum RM1,800 dalam sektor awam akan diikuti oleh sektor swasta yang seterusnya akan dilaksanak­an secara menyeluruh dan lancar.

Katanya gaji minimum itu juga akan memudahkan kerajaan mencapai sasaran pendapatan isi rumah RM10,000 sebulan bagi mencapat matlamat menjadikan Malaysia negara berpendapa­tan tinggi menjelang 2025 dalam Rancangan Malaysia Ke-12.

Mengenai cadangan sistem saraan baharu, Adnan berkata Sistem Saraan Malaysia (SSM) sedia ada telah berusia kira-kira 20 tahun dan dilihat tidak berkesan dalam membantu penjawat awam dalam situasi masa kini.

“Diharap kerajaan menimbang cadangan kami untuk sebuah sistem saraan sektor awam yang baharu iaitu antaranya termasuk gaji minimum, peningkata­n KGT, kenaikan pangkat dan gred, serta gred minimum 19 bagi memberi pendapatan lebih selesa dan adil untuk membantu penjawat awam,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DENGAR KELUHAN KAMI: Adnan (depan, enam kanan) bersama para penjawat awam selepas Majlis Perhimpuna­n Bersama Penjawat Awam dihadiri kira-kira 600 orang di Kota Kinabalu, semalam. CUEPACS menggesa kerajaan agar melaksanak­an tiga langkah penting bagi membantu penjawat awam yang kini terkesan akibat kenaikan harga barang.
— Gambar Bernama DENGAR KELUHAN KAMI: Adnan (depan, enam kanan) bersama para penjawat awam selepas Majlis Perhimpuna­n Bersama Penjawat Awam dihadiri kira-kira 600 orang di Kota Kinabalu, semalam. CUEPACS menggesa kerajaan agar melaksanak­an tiga langkah penting bagi membantu penjawat awam yang kini terkesan akibat kenaikan harga barang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia