Utusan Borneo (Sarawak)

Hadiah wang kemenangan untuk Terbuka Wimbledon tahun ini bernilai 2 juta pound

-

LONDON: Wimbledon kelmarin mengumumka­n wang hadiah rekod untuk kejohanan Grand Slam tenis edisi tahun ini, dengan dua juara perseorang­an bakal membawa pulang 2 juta pound setiap seorang.

Jumlah wang hadiah sebanyak 40.35 juta pound itu menunjukka­n peningkata­n 11.1 peratus berbanding kejohanan tahun lalu.

Ia juga 5.4 peratus lebih banyak berbanding yang ditawarkan kepada peserta semasa edisi ‘biasa’ terakhir Wimbledon pada tahun 2019.

Terdapat spekulasi bahawa penyingkir­an mata ranking oleh jelajah ATP (lelaki) dan WTA (wanita), berikutan keputusan kontrovers­i Wimbledon untuk mengharamk­an pemain Rusia dan Belarus, akan mendorong penguranga­n wang hadiah.

Tetapi dengan kapasiti orang ramai dan buat julung kalinya perlawanan pada tengah hari Ahad, penganjur telah meningkatk­an jumlah hadiah.

Pemain tewas dalam pusingan pertama perseorang­an masih akan membawa pulang 50,000 pound manakala naib juara final akan membawa pulang lebih daripada 1 juta pound.

Bekas pemain nombor satu dunia Naomi Osaka mungkin akan menarik diri daripada Wimbledon tahun ini atas keputusan untuk pelucutan mata ranking.

Ian Hewitt, ketua penganjur Wimbledon, All England Lawn Tennis and Croquet Club (AELTC), berkata: “Dari pusingan pertama pertanding­an kelayakan sehingga menobatkan juara, pengagihan wang hadiah tahun ini bertujuan untuk mencermink­an betapa pentingnya pemain buat The Championsh­ips tatkala kami ingin terus menganjurk­an salah satu acara sukan terkemuka di dunia.”

Wimbledon tahun ini bermula pada 27 Jun, dengan Novak Djokovic bersedia untuk mempertaha­nkan gelaran perseorang­an lelakinya namun demikian tiada juara wanita yang mengambil bahagian selepas Ashleigh Barty dari Australia bersara pada Mac.

 ?? * Gambar AFP ??
* Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia