Utusan Borneo (Sarawak)

Portugal ungguli Kumpulan A2

Berkelebih­an dua mata di puncak hasil kemenangan 2-0 ke atas Republik Czech dalam aksi Liga Negara UEFA

-

“Kami bermain permainan yang hebat. Mereka cuba menegah kami dan itulah yang mereka lakukan. Kami mahukan lebih banyak gol tetapi ia satu kemenangan ” penting. Goncalo Guedes Pemain tengah Portugal

LISBON: Portugal menjaringk­an dua kali dalam lima minit untuk mengalahka­n Republik Czech dalam perlawanan semalam dan mendahului dua mata di puncak Kumpulan A2 dalam Liga Negara UEFA.

Joao Cancelo dan Goncalo Guedes menjaringk­an gol pada minit ke-33 dan ke38 di Lisbon dan Portugal meneruskan permulaan rancak mereka lalu menang selesa 2-0.

Kemenangan bermakna mereka duduk dua mata dari Sepanyol, setelah memenangi dua dan menarik salah satu daripada tiga perlawanan pembukaan mereka.

“Kami bermain permainan yang hebat,” kata Guedes.

“Mereka cuba menegah kami dan itulah yang mereka lakukan. Kami mahukan lebih banyak gol tetapi ia satu kemenangan penting.”

Republik Czech memulakan perlawanan dengan mata yang sama dengan lawan mereka namun kini jatuh ke tempat ketiga, selepas Sepanyol mengalahka­n Switzerlan­d 1-0 di Geneva.

“Portugal menunjukka­n kualiti mereka,” kata pemain serangan Czech, Vaclav Jurecka.

“Mereka menyempurn­akan dua peluang yang mereka cipta pada separuh masa pertama. Saya sepatutnya boleh menjaringk­an gol tetapi saya terlepas. Saya minta maaf kerana tidak dapat banyak membantu pasukan.”

Republik Czech akan pergi ke Sepanyol pada hari Ahad manakala Portugal berpeluang untuk melanjutka­n kelebihan mereka apabila mereka bermain di Switzerlan­d.

Portugal terpaksa melalui playoff untuk layak ke Piala Dunia di Qatar, menewaskan Turki dan Macedonia Utara untuk mengelakka­n daripada tersingkir.

Tetapi kemenangan yang meyakinkan ini dilakar selepas mereka menuntut seri 1-1 menentang Sepanyol sebelum membelasah Switzerlan­d 4-0, dengan Cristiano Ronaldo menjaringk­an gol dua kali.

Ketika menentang Czech, Cancelo membuka skor dan pemain pertahanan Manchester City mengutip gol kedua selepas menjaringk­an gol selepas setengah jam.

Gol diperolehi dengan hasil cemerlang Bernardo Silva, yang bermain di sebelah kanan dan melorong kepada rakan sepasukan Citynya yang menendang masuk.

Limaminitk­emudian,Bernardo sekali lagi memainkan peranan, menggelong­sor melalui Guedes, yang menyudahka­n penamat melepasi Jindrich Stanek.

Czech memberi ancaman pada separuh masa kedua dan boleh menjaringk­an gol tetapi cubaan Jurecka tersasar jauh.

Ronaldo hampir menambah gol ketiga untuk Portugal tetapi tendangann­ya dinafikan oleh Stanek.

 ?? — Gambar AFP ?? PERTEMBUNG­AN TUMPUAN: Babak aksi perlawanan Liga Negara UEFA Kumpulan A2 di antara Portugal dan Republik Czech di Stadium Jose Alvalade di Lisbon.
— Gambar AFP PERTEMBUNG­AN TUMPUAN: Babak aksi perlawanan Liga Negara UEFA Kumpulan A2 di antara Portugal dan Republik Czech di Stadium Jose Alvalade di Lisbon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia