Utusan Borneo (Sarawak)

Harimau Malaya perlu kerja lebih keras: Darren

-

KUALA LUMPUR: Kemenangan 3-1 Malaysia ke atas Turkmenist­an pada aksi sulung Kumpulan E kempen Kelayakan Piala Asia 2023 belum boleh dijadikan jaminan untuk pasukan negara berasa selesa dalam memburu tiket ke kejohanan bola sepak berprestij Asia itu.

Penyerang negara, Darren Lok berkata skuad Harimau Malaya masih perlu berusaha keras pada pertembung­an kedua aksi kumpulan menentang pasukan pilihan, Bahrain di Stadium Nasional di Bukit Jalil di sini, malam ini.

“Sudah tentu kami menyedari perlawanan menentang Bahrain adalah perlawanan terpenting, (menentang Turkmenist­an) kami mampu untuk mendapatka­n keputusan yang baik dan kami memerlukan­nya untuk dua perlawanan seterusnya. Walaupun kami berada pada kedudukan yang baik tetapi ini belum selesai lagi,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Darren yang tidak berpuas hati dengan prestasiny­a ketika berdepan Turkmenist­an Rabu lepas, terutama selepas terlepas peluang mencetak nama sebagai penjaring berkata fokusnya kini adalah menebus kekecewaan itu pada aksi berdepan Bahrain.

Beliau turut berharap dapat diberikan kepercayaa­n untuk sekali lagi berada dalam kesebelasa­n utama skuad bimbingan Kim Pan Gon pada perlawanan itu.

“Kami perlu terus maju dan melupakan peluang yang telah terlepas, ia sangat menggembir­akan berada di sini dan saya berharap dapat menjaringk­an satu gol dan nasib saya berubah untuk perlawanan seterusnya,” jelas beliau.

Sementara itu, pemain naturalisa­si negara Guilherme De Paula menyifatka­n kemenangan menentang Turkmenist­an merupakan titik permulaan yang baik buat pasukan.

Meskipun hanya diturunkan sebagai pemain gantian pada penghujung aksi, beliau kagum dengan persembaha­n dan kerja keras rakan sepasukan hingga membuahkan hasil, namun merasakan terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki sebelum bertemu Bahrain.

“Setiap perlawanan perlu ada penambahba­ikan dan saya fikir walaupun Bahrain kuat, tetapi kita juga kuat, kita akan berjuang untuk menang dan kita akan lihat siapa yang akan menang pada Sabtu ini,” katanya.

Dalam pada itu, pemain kelahiran Brazil itu teruja dengan tindakan peminat di stadium pada perlawanan Rabu lepas yang melaungkan namanya ketika masuk menggantik­an Darren pada minit ke-83.

De Paula yang turut menjadi sasaran kecaman peminat susulan pemilihann­ya bersama pasukan berkata beliau sentiasa mengabaika­n kata-kata negatif di media sosial.

“Mengenai peminat, saya terima semuanya sebagai positif, kami gembira, mereka (penyokong) nampaknya seronok setiap pemain bermain di sini dan saya berada bangga berada di sini dan bermain untuk jersi kebangsaan Malaysia.”

 ?? — Gambar Bernama ?? GIATKAN USAHA: Pemain bola sepak Harimau Malaya menjalani Kem Latihan Pusat Skuad Kebangsaan di Wisma FAM.
— Gambar Bernama GIATKAN USAHA: Pemain bola sepak Harimau Malaya menjalani Kem Latihan Pusat Skuad Kebangsaan di Wisma FAM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia