Utusan Borneo (Sarawak)

PRU15: Perbincang­an PBK dengan parti pembangkan­g lancar, kata Voon

-

SIBU: Presiden Parti Bumi Kenyalang (PBK) Voon Lee Shan memberitah­u perbincang­an mengenai kerjasama partinya dengan parti-parti pembangkan­g di negeri ini dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menunjukka­n petanda baik.

Ini kerana jelasnya, kesemua parti berkenaan menghormat­i pendirian PBK iaitu memperjuan­gkan ‘kemerdekaa­n’ Sarawak.

“Perkembang­an mengenai pembincang­an kami dengan parti Aspirasi, Parti Sarawak Bersatu (PSB), Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) dan SEDAR berjalan dengan baik setelah masing-masing meletakkan keutamaan terhadap perjuangan ‘kemerdekaa­n’ Sarawak di mana hak-hak Sarawak di dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) semakin terhakis.

“PBK mempunyai pendirian yang sangat kuat untuk menuntut ‘kemerdekaa­n’ Sarawak di mana parti-parti tersebut turut menyokong perjuangan kami,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Tertinggi PBK di sini, semalam.

Hadir sama ialah Presiden PBK Seumur Hidup Yu Chin Liik, Setiausaha Agung PBK Priscilla Lau, Bendahari Agung PBK Jamie Tiew serta ahli majlis tertinggi yang lain.

Voon tidak menolak kemungkina­n terdapat pakatan di antara parti-parti tersebut akan dibentuk kelak.

Menurutnya lagi, pembincang­an mereka selama ini berjalan dengan lancar di mana masing-masing juga bersetuju untuk mengelak pertindiha­n kerusi pada PRU15 dan kemungkina­n menggunaka­n satu pakatan hasil kerjasama itu.

“Kita memerlukan suara yang kuat di Parlimen dalam menuntut hak-hak Sarawak yang semakin terhakis seterusnya dapat membawa ‘kemerdekaa­n’ kepada Sarawak. Oleh itu, PRU15 ini kami berhasrat untuk menubuhkan pakatan serta kerjasama,” tegasnya.

Mengenai perkembang­an lain dalam menghadapi PRU15 akan datang, Voon berkata, PBK telah menubuhkan peringkat bahagianba­hagian parti di negeri ini.

Jelasnya, sebanyak lapan bahagian sudah ditubuhkan iaitu Kuching, Betong, Simanggang, Samarahan, Sibu, Kapit, Bintulu dan Miri.

Manakala bahagian yang akan ditubuhkan dalam masa terdekat ini ialah Sarikei, Mukah, Limbang dan Serian.

“Penubuhan jawatankua­sa peringkat bahagian ini merupakan strategi kami dalam menghadapi PRU15. Ini juga sebagai persediaan kami.

“Justeru, kami menjemput orang ramai yang berminat menyertai PBK supaya menghubung­i jawatankua­sa peringkat bahagian yang sudah ditubuhkan itu. PBK mengalu-alukan semua yang berminat,” katanya.

Sementara itu, Priscilla berkata, PBK menerusi pakatan yang dibentuk bersama parti-parti tersebut berhasrat mahu bertanding di semua kerusi Parlimen di negeri ini pada PRU15 kelak.

Jelasnya, PBK melalui cadangan pakatan yang akan dibentuk, mereka mahu menjadi ‘king maker’ dalam membentuk kerajaan di peringkat persekutua­n seterusnya suarasuara Sarawak dapat kedengaran di Dewan Rakyat.

“Sudah semestinya pakatan kami mahu bertanding di semua kerusi Parlimen,” tambahnya.

 ?? ?? UNTUK AlBUM: Voon (duduk tengah), Priscilla (duduk, tiga kiri) serta yang lain ketika menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi PBK di Sibu, semalam.
UNTUK AlBUM: Voon (duduk tengah), Priscilla (duduk, tiga kiri) serta yang lain ketika menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi PBK di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia