Utusan Borneo (Sarawak)

Majlis Haul Imam Al Haddad dapat sambutan masyarakat Islam Bintulu

-

BINTULU: Majlis Haul Imam Al Haddad diadakan penuh meriah sekali gus mendapat sambutan memberangs­angkan daripada masyarakat Islam di Masjid At Taqwa Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Sebiew Bintulu pada malam Khamis lalu.

Majlis tersebut diadakan di seluruh dunia bagi memperinga­ti jasa dan pengorbana­n ulama Aswaja yang mempunyai nasab dari keturunan baginda Nabi Muhammad SAW.

Pengerusi Madrasah At Taqwa merangkap Pengerusi Masjid At Taqwa Abang Arshad Abang Anuar berkata, beliau bersyukur majlis tersebut berjalan dengan lancar.

“Saya mengucapka­n jutaan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir terutamany­a masyarakat Islam sekitar bandar Bintulu,” katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada barisan ahli jawatankua­sa majlis bertungkus-lumus menjayakan majlis haul tersebut.

“Insya-Allah, kita mengadakan majlis haul ini pada masa akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, Nick Zakry yang turut mewakili Madrasah At Taqwa berkata majlis anjuran Madrasah At Taqwa dan Pertubuhan Amanah Hawi Al Khairat (HAK) dengan kerjasama Masjid At Taqwa itu bagi mengajak masyarakat Islam di Bintulu mendekatka­n diri dengan majlis ilmu.

Pada masa sama katanya, mendidik masyarakat Islam Bintulu mencintai Nabi Muhammad SAW melalui selawat ke atas baginda serta menjadikan Madrasah At Taqwa sebagai sebuah badan perantara bagi penduduk Islam mengadakan majlis selawat.

“Majlis dihadiri masyarakat Islam sekitar Bintulu serta barisan jemaah masjid-masjid berdekatan telah menjemput tetamu jemputan khas iaitu Pemimpin Majlis Muwasolah Malaysia Habib Abdullah Al Habsyi, Yang Dipertua Pertubuhan Amanah Hawi Al Khairat (HAK) Malaysia Habib Abdurrahma­n Al Haddad, Imam Masjid Pekan Kemasik Terengganu Syeikh Abdullah Al Wasobi dan Pengasas Ribat Al Haddad merangkap Penasihat Madrasah At Taqwa Habib Muhammad Al Haddad,” jelasnya.

Katanya, majlis bermula jam 5 petang dengan khatamal al-Quran oleh pelajar-pelajar Madrasah At Taqwa bersama pelajar tahfiz Institusi Tahfiz Bintulu (ITB) diikuti solat Maghrib berjemaah bersama kariah masjid dan tetamu.

“Acara kemuncak dimulai dengan bacaan ratib Al Haddad dipimpin oleh Syeikh Abdullah Al Wasobi bersama seramai 500 jemaah.

“Majlis diteruskan dengan bacaan ayat suci al-Quran oleh Awangku Omar Asfuaddin Pengiran Hamdan,” jelasnya.

Seterusnya, bacaan Munaqib Imam Al Haddad oleh Habib Muhammad Al Haddad dan disudahi dengan tazkirah oleh Habib Abdullah Al Habsyi.

Majlis Haul Imam Al Haddad ini diteruskan penganjura­nnya di bandar raya Miri pada malam 10 Jun dan berakhir di Kota Kinabalu, Sabah pada malam 11 Jun.

 ?? ?? MAJLIS ILMU: Masyarakat Islam di Bintulu hadir pada Majlis Haul Imam Al Haddad di Masjid At Taqwa Bintulu.
MAJLIS ILMU: Masyarakat Islam di Bintulu hadir pada Majlis Haul Imam Al Haddad di Masjid At Taqwa Bintulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia