Utusan Borneo (Sarawak)

UMS meterai MoU taja program bernilai RM125,000

Pergiat kerjasama dengan Cankiri Karatekin University Turkiye

-

CANKIRI: Universiti Malaysia Sabah (UMS) kelmarin menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) dengan Cankiri Karatekin University Turkiye membabitka­n penajaan program mobiliti bernilai kira-kira RM125,000.

Naib Canselor UMS Prof. Datuk Dr. Taufiq Yap Yun Hin berkata, jumlah tajaan di bawah geran Erasmus itu melibatkan mobiliti pelajar, penyelidik dan kakitangan pentadbira­n di antara keduadua universiti.

“Tiga pelajar UMS berada di universiti ini selama satu semester, manakala, seramai enam ahli akademik dan staf pentadbira­n UMS mengajar dan menjalani latihan selama lima hari di sini.

“Sementara itu, pihak Cankiri Karatekin University pula menghantar seramai 10 ahli akademik untuk mengajar dan berkongsi ilmu di UMS,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi media selepas Majlis Menandatan­gani MoU UMS-Cankiri Karatekin University di sini kelmarin.

Perjanjian berkenaan ditandatan­gani Taufiq yang mewakili UMS dan Cankiri diwakili Rektor Prof. Dr. Harun Çiftçi.

Majlis menandatan­gani MoU itu disaksikan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabang­sa) UMS Prof. Dr. Rasid Mail dan Timbalan Rector Cankiri Karatekin University Prof. Dr. Hüseyin Odaba .

Turut hadir, Dekan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) UMS Prof. Madya Dr. Mohd. Rahimie Abd. Karim; Ketua Pejabat Hubungan Antarabang­sa Cankiri Dr. uayip Turan; dan Timbalan Pengarah Pusat Pengantara­bangsaan dan Penglibata­n Global (PPPG) Prof. Madya Dr. Wardatul Akmam Din.

Taufiq berkata, penajaan program mobiliti dalam perjanjian MoU itu diperolehi pihak Cankiri Karatekin University di bawah geran Erasmus untuk 2022.

“Perjanjian kerjasama ini diharapkan menjadi pemangkin kepada jalinan kolaborati­f yang lebih meluas pada masa akan datang terutamany­a dalam aspek penyelidik­an dan penerbitan.

“Semoga kerjasama ini juga akan meningkatk­an keterlihat­an jenama UMS, termasuk mendapatka­n pasaran baharu daripada negara Turkiye selain dapat meningkatk­an kualiti dan kuantiti program mobiliti inbound dan outbound universiti,” katanya.

 ?? ?? SUMBANGAN: Razali (tengah) menerima sumbangan yang disampaika­n oleh Erick (kanan) di pejabat PKRP Keningau.
SUMBANGAN: Razali (tengah) menerima sumbangan yang disampaika­n oleh Erick (kanan) di pejabat PKRP Keningau.
 ?? ?? MOU: Taufiq (dua kiri) dan Harun (dua kanan) saling bertukar dokumen MoU sambil disaksikan Rasid (kiri) dan Hüseyin.
MOU: Taufiq (dua kiri) dan Harun (dua kanan) saling bertukar dokumen MoU sambil disaksikan Rasid (kiri) dan Hüseyin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia