Utusan Borneo (Sarawak)

Jalan Kuching-Bau dinaik taraf

- Oleh Marlinda Mardzuki

BAU: Jalan raya yang menghubung­kan Kuching ke Bau sekarang akan dinaik taraf kepada jalan raya berkembar dua hala dengan melibatkan kos hampir RM100 juta.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia dibina bagi meningkatk­an perhubunga­n antara kedua-dua kawasan terbabit.

Semasa menjadi Menteri Pelanconga­n dahulu, beliau katanya, telah mengkaji kawasan Bau kerana potensi pelanconga­n yang kaya dengan budaya dan melihat keperluan untuk menyediaka­n jalan raya yang baik.

“Sambungan terkini ke Kuching ialah Lebuh Raya Pan Borneo dan jalan lama lain adalah dari Kuching ke Bau yang mana jalannya adalah arteri ke Bau dari Kuching melalui Siniawan.

“Oleh itu, laluan ke Bau mesti ada akses yang baik dan kita akan menaik taraf jalan kepada jalan berkembar dua hala seperti Lebuh Raya Pan Borneo dari simpang di Kuching ke Bau,” katanya ketika menghadiri Rumah Terbuka Bau Gawai 2022 di Dewan Suarah Bau di sini, semalam.

Abang Johari berkata, keperluan untuk menambah baik infrastruk­tur adalah selaras dengan Strategi Pembanguna­n Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 dan memberikan akses yang lebih baik kepada rakyat.

“Kos projek ini RM98 juta, hampir RM100 juta, termasuk infrastruk­tur lain, tambah tolak, saya kira RM200 juta.

“Oleh itu, kita akan melaksanak­an pembanguna­n ini dan ini bermakna Bau akan berhubung dengan Lundu dan Sematan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri

 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? TERBAIK: Abang Johari bersama Henry dan tetamu lain menunjukka­n tanda bagus semasa melancarka­n Projek Pusat Kebudayaan Bidayuh.
— Gambar Roystein Emmor TERBAIK: Abang Johari bersama Henry dan tetamu lain menunjukka­n tanda bagus semasa melancarka­n Projek Pusat Kebudayaan Bidayuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia