Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas Yang Dipertua Dewan Negara Abang Ahmad Urai meninggal dunia

-

KUCHING: Bekas Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abang Ahmad Urai Datu Abang Mohideen meninggal dunia di Pusat Perubatan Pakar Normah di Petra Jaya di sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam kelmarin.

Berita kematian tersebut disahkan pembantu peribadi Allahyarha­m ketika dihubungi BERNAMA semalam.

“Tan Sri (Abang Ahmad Urai) telah dikejarkan ke Pusat Perubatan Pakar Normah selepas rebah ketika menghadiri satu acara di sebuah hotel (di Kuching). Beliau meninggal dunia jam 12.30 tengah malam tadi (kelmarin).

“Jenazah Allahyarha­m akan dibawa ke kediamanny­a di Jalan Muda Hashim pagi ini (semalam),” katanya.

Allahyarha­m dikebumika­n di Tanah Perkuburan Umat Islam Masjid Bahagian di sini, selepas Zohor.

Abang Ahmad Urai, 89, merupakan Yang Dipertua Dewan Negara dari 1988 hingga 1990.

Allahyarha­m juga pernah memegang jawatan Menteri Muda Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia