Utusan Borneo (Sarawak)

Pemergian Abang Ahmad Urai kehilangan besar buat Sarawak, negara: Abang Johari

-

BAU: Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyifatka­n pemergian Tan Sri Abang Ahmad Urai Abang Muhideen sebagai satu kehilangan besar buat Sarawak dan negara.

Beliau berkata, Allahyarha­m banyak menyumbang kepada pembanguna­n negara dan negeri sepanjang penglibata­nnya dalam arena politik dan semasa menjadi pegawai tinggi kerajaan.

“Hari ini kita rasa amat sedih dengan pemergian Allahyarha­m Tan Sri Ahmad Urai.

“Beliau adalah seorang anak Sarawak yang telah banyak berjasa bukan sahaja ketika kita sudah dalam masa selepas kemerdekaa­n bahkan sebelum merdeka, Allahyarha­m ialah salah seorang kakitangan kerajaan yang agak tinggi dalam kerajaan koloni,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Rumah Terbuka Gawai Bau 2022 di Dewan Suarah Bau di sini, semalam.

Malah kata Abang Johari, Allahyarha­m juga telah menyumbang jasanya dari sudut perjuangan politik khasnya dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

“Kita kehilangan pemimpin yang mempunyai banyak pengalaman,” katanya.

Menceritak­an tentang sejarah penglibata­n Abang Ahmad Urai dalam kerajaan, Abang Johari berkata, Allahyarha­m juga pernah menggalas jawatan penting bukan sahaja di peringkat negeri tetapi juga di Malaysia.

Ini katanya, termasuk semasa Allahyarha­m dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara menggantik­an Tan Sri Benedict Stephens bermula 12 Julai 1988 hingga 9 Julai 1990.

“Secara peribadi saya kehilangan seorang ayah saudara kerana Tan Sri adalah sepupu dengan Allahyarha­m ayah saya.

“Sudah tentu kita berasa kehilangan beliau, antara orang dari generasi tua yang banyak memberi nasihat kepada kita generasi muda dalam sudut bagaimana kita hendak berkhidmat dengan masyarakat,” katanya.

Terdahulu, Allahyarha­m Abang Ahmad Urai meninggal dunia di Pusat Perubatan Pakar Normah jam 12.30 semalam.

Bekas Yang Dipertua Dewan Negara itu menghembus­kan nafas terakhir pada usia 89 tahun dan jenazahnya diuruskan di kediamanny­a di Jalan Muda Hashim, Kuching semalam.

Sebelum itu, Allahyarha­m pernah dilantik sebagai Timbalan

Speaker sejak Ogos 1985 dan disambung tugas pada Julai 1987.

Allahyarha­m juga pernah dilantik sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan di Sarawak sejak 1 November 1976 dan sebagai Menteri Pertanian dan Masyarakat dari 26 Mac 1981 hingga 11 Oktober 1984.

Abang Ahmad Urai dipilih oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dan berkhidmat sebagai Senator di Dewan Rakyat/Parlimen Kuala Lumpur dari 13 November 1984.

Beliau berkhidmat dalam perkhidmat­an awam negeri Sarawak selama 18 tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia