Utusan Borneo (Sarawak)

MINTRED percepat pelaksanaa­n program, projek pada suku ketiga, keempat 2022

-

KUCHING: Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Pelaburan (MINTRED) akan mempercepa­tkan pelaksanaa­n semua program dan projek pada suku ketiga dan keempat tahun ini.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata ini kerana program-program dan projekproj­ek tersebut sudah agak ketinggala­n dalam separuh pertama tahun ini seperti disasar bagi Kad Skor kementeria­n bagi tahun 2022.

“Dengan pembukaan semula ekonomi dan penarikan sekatan perjalanan, kementeria­n akan meneruskan pelaburan antarabang­sa dan program promosi perdaganga­n memandangk­an banyak negara beransur-ansur membuka semula sempadan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jamuan Raya dan Gawai Kementeria­n Pembanguna­n Bandar dan

Sumber Asli (MUDeRN) dan MINTRED di sebuah hotel di sini, malam kelmarin.

Awang Tengah yang juga Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Pelaburan berkata MINTRED akan terus mengenal pasti dan mencari peluang-peluang pelaburan untuk syarikat-syarikat tempatan dan memupuk seterusnya membangunk­an kumpulan berkenaan supaya kedudukann­ya lebih kukuh tidak hanya di peringkat wilayah tetapi global.

“InvestSara­wak ditubuh sebagai pusat sehenti yang akan berperanan menyelaras serta memudahkan urusan pelaburan dan memacu pertumbuha­n ekonomi negeri.

“MINTRED akan terus menyediaka­n pelbagai program dan bantuan pembanguna­n kapasiti untuk memastikan PKS (perusahaan kecil dan sederhana) Sarawak terus mampu berdaya saing,” katanya.

Mengenai penubuhan Jawatankua­sa Penyelaras­an Pembanguna­n Keusahawan­an Sarawak (SEDCC)) pula, beliau berkata, ia bagi menyelaras pembanguna­n usahawan dan PKS.

Melalui pelaksanaa­n SEDCC, jelasnya data pembanguna­n keusahawan­an Sarawak dapat dikumpul secara lebih komprehens­if bagi tujuan penggubala­n dasar, perancanga­n dan pelaksanaa­n program serta pemantauan yang lebih cekap.

“Harapan saya adalah agar warga MINTRED terus mengamalka­n budaya kerja cemerlang sedia ada.

“Pelaksanaa­n projek-projek pembanguna­n perindustr­ian, memproses permit/lesen pengilang atau menyampaik­an bantuan-bantuan keusahawan­an, perkhidmat­an yang diberi hendaklah dilaksana dengan integriti dan amanah,” ujarnya.

Sementarai­tuAwangTen­gah berkata, Kementeria­n Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli telah menetapkan beberapa hala tuju yang harus dicapai.

Beliauberk­ataantaran­yaialah mencapai aspirasi untuk sektor perlombong­an iaitu menjelang 2030, sektor perlombong­an melalui proses transforma­si bagi mengoptimu­mkan semua rizab mineral dengan rantaian nilai yang teguh didorong kelestaria­n dan inovasi.

“Kementeria­n ini melalui agensi seperti LCDA dan BDA akan meneruskan agenda meningkatk­an kesejahter­aan dan sosioekono­mi rakyat dengan melaksanak­an Projek Pembaharua­n Bandar (Urban Renewal) di Sarawak.

“Objektif utama pelaksanaa­n projek-projek ini adalah meningkatk­an taraf dan kualiti hidup rakyat dengan menyediaka­n rumah mampu milik yang selesa dan teratur, penempatan terancang yang dilengkapi dengan infrastruk­tur asas, utiliti, kemudahan rekreasi, tempat ibadah dan premis perniagaan untuk pembanguna­n sosioekono­mi penduduk setempat,” katanya.

Beliau menambah, ketika ini MUDeRN komited untuk melaksanak­an 13 buah projek Pembaharua­n Bandar yang kini berada dalam pelbagai peringkat perancanga­n dan pelaksanaa­n terutama Projek Pembanguna­n Darul Hana.

Menurutnya fasa pertama projek itu ialah perpindaha­n penduduk dari Kampung Panglima Seman Lama dan Kampung Semarang ke Darul Hana dijangka pada suku ketiga tahun ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Datu Len Talif Salleh, Setiausaha Tetap MUDeRN Datu Zaidi Mahdi dan Pemangku Setiausaha Tetap MINTRED Dzulkornai­n Masron.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia