Utusan Borneo (Sarawak)

MoU antara SARA dan Sarawak Skills sinergi pembanguna­n bakat

-

SIBU: Pemeteraia­n memorandum persefaham­an (MoU) antara Persatuan Juruteknik Kenderaan Sibu (SARA) dan Sarawak Skills, membuka jalan untuk mensinergi­kan kepakaran dan sumber kolektif untuk memajukan usaha murni pembanguna­n bakat.

Pengarah Eksekutif Institusi Pembelajar­an Kumpulan Kemahiran Sarawak Hallman Sabri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Lantikan Jawatankua­sa Eksekutif Ke22 SARA dan Insentif Pelajar di Hotel Kingwood di sini, kelmarin yang turut menyaksika­n majlis menandatan­gani MoU antara Sarawak Skills dan SARA.

“Dengan formalisas­i kerjasama penting ini, organisasi kami akan bersama-sama membangunk­an kursus dan program latihan yang berkaitan industri, termasuk penerapan teknologi automotif dan mobiliti terkini mengikut piawaian kelestaria­n alam sekitar global untuk mengubah operasi dan operasi sedia ada.

“Ahli SARA juga akan mendapat akses kepada pelbagai program latihan peningkata­n kemahiran dan kemahiran semula yang ditawarkan oleh Sarawak Skills,” katanya.

Hallman menambah, bagi pelatih dan graduan Sarawak Skills pemeteraia­n MoU membuka pintu peluang dari segi latihan dan peluang pekerjaan di syarikat ahli SARA.

Beliau turut mengalu-alukan SARA sebagai ahli baharu Pusat Pembanguna­n Kemahiran Sarawak (Sarawak Skills).

“Di Sarawak Skills, kami amat berbangga untuk melengkapk­an kerajaan dan industri dalam usaha bersama kami untuk membangunk­an modal insan negeri dan negara.

“Sejak penubuhan kami pada 1994, Sarawak Skills telah menyediaka­n pendidikan teknikal dan vokasional yang berkaitan industri serta latihan untuk melengkapk­an tenaga kerja dengan kemahiran teknikal dan insaniah yang diperlukan.

“Sejak beberapa tahun, pelbagai sektor industri telah memainkan peranan utama dalam mengurus dan menentukan hala tuju Sarawak Skills melalui wakilnya dalam Majlis Pengurusan Kemahiran Sarawak,” katanya.

Tambahnya, dengan sokongan kerajaan Sarawak, Sarawak Skills dengan kerjasama SARA akan menubuhkan Akademi Teknologi Automotif Sibu.

Sehubungan itu, beliau mengucapka­n terima kasih kepada Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat I Dr Annuar Rapaee atas bimbingan dan sokongan yang luar biasa dalam memudahkan pembanguna­n hab latihan ini di tengah-tengah Sibu.

“Sememangny­a, ini adalah contoh cemerlang semua pihak berkepenti­ngan berkumpul sebagai rakan kongsi strategik dalam pembanguna­n bakat,” kata Hallman.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bintulu dan ADUN Dudong Datuk Seri Tiong King Sing berharap Sarawak Skills akan melibatkan pakar untuk melatih generasi muda di akademi yang dicadangka­n pada masa akan datang.

Pengerusi SARA Kaunselor Teo Nging Poh berkata, anggota mereka telah sekian lama cuba menubuhkan pusat latihan automobil untuk anggota dan pekerja mereka untuk mendapatka­n latihan secara langsung bagi meningkatk­an kemahiran mereka, terutama dalam bidang pembaikan dan penyelengg­araan kereta.

Teo yang dilantik semula mengetuai SARA turut memaklumka­n persatuan itu kini mempunyai 170 ahli berdaftar.

Ahli jawatankua­sa ke-22 bagi penggal 2022-2023 ialah Teo (pengerusi), diikuti Yong King (naib pengerusi pertama), Ting Ung Pang (naib pengerusi kedua), Tang Teck Ann (setiausaha), Tian Kuong Tung (penolong setiausaha pertama), Goh Kee Seng (penolong setiausaha kedua), Lee Haw Kwong (bendahari), Ngieng Seng Kung (penolong bendahari pertama), Lieu Mee Tak (penolong bendahari kedua), Tie Ing Tai (hal ehwal am), Tang Kuong Soon (penolong hal ehwal am), Yii Hee Ai (pegawai kebajikan), Chiong Wei Seng (penolong pegawai kebajikan pertama), Joseph Ling Chi Uh (penolong pegawai kebajikan kedua), Tay Guan Boo (ketua perhubunga­n awam), Chuo Sing Mung (penolong perhubunga­n awam) dan Siaw Ngieng Ping (penyelia).

Ahli jawatankua­sa lain ialah Yu Ming Leong, Tiong Hoe Siew, Teng Sung Yaw, Tong King Soon, Robert Ling Chi Won, Lau Yii Ming, Lee Kuok Leong dan Lau Ngie Chin.

Turut berucap pada majlis itu ialah Presiden Persatuan Pemilik Bengkel Automobil Malaysia Khor Kong Siah dan pengerusi penganjur Joseph Ling Chi Uh.

 ?? ?? TERIMA KASIH: Hallman (dua kiri) menyampaik­an tanda penghargaa­n kepada Dr Annuar dan turut kelihatan (dari empat kiri) Tiong, Teo dan yang lain.
TERIMA KASIH: Hallman (dua kiri) menyampaik­an tanda penghargaa­n kepada Dr Annuar dan turut kelihatan (dari empat kiri) Tiong, Teo dan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia