Utusan Borneo (Sarawak)

Dayak perlu memfokuska­n kemahiran, pendidikan tinggi

Ini bagi meningkatk­an ilmu pengetahua­n sekali gus mengubah taraf kehidupan keluarga, tegas Uggah

- Oleh Hamkar Sarbinee

KUCHING: Masyarakat Dayak di negeri ini perlu memfokus kepada kemahiran dan pendidikan yang lebih tinggi bagi meningkatk­an ilmu pengetahua­n sekali gus mengubah taraf kehidupan keluarga.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ini kerana pendidikan memainkan peranan penting dalam masyarakat termasuk komuniti Dayak di negeri ini.

Menurutnya, beliau ingin melihat anak Dayak di Sarawak menerima pendidikan yang baik selain mendapat bantuan serta kemudahan pendidikan yang berkualiti daripada kerajaan.

“Seperti saya sendiri daripada keluarga yang ibu bapa seorang pekebun namun pendidikan ini mampu mengubah di mana kita dapat berdiri dan berada pada masa ini.

“Lakukan apa sahaja yang dapat dilaksanak­an untuk melihat anak-anak kita menerima pendidikan yang baik dan berkualiti di negara ini,” katanya pada Majlis Pengerami Ngiling Bidai anjuran Persatuan Pemikir Dayak Sarawak (DTTAS) di Pusat Konvensyen Penview (PCC) di sini, malam kelmarin.

Uggah berkata, oleh sebab itu apa sahaja program yang dilaksanak­an kerajaan mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO), masyarakat Dayak perlu mengambil peluang menyertai program berkenaan.

Menurut Uggah yang juga Menteri Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan, sejumlah RM150,000 diluluskan untuk DTTAS melaksanak­an dua program iaitu Karnival dan Education Roadshow 2022.

Katanya,programyan­gbakal dianjurkan itu perlu disokong kerana isu pekerjaan merupakan masalah besar masyarakat Dayak di negeri ini.

“Program itu diharap memberi kemahiran kepada peserta selain merebut peluang pekerjaan yang disediakan.

“Seperti masa ini ramai kontraktor mengeluh kerana tidak cukup tenaga kerja yang berkemahir­an sekali gus ramai dalam kalangan kita (Dayak) tiada pekerjaan.

“Justeru, penting untuk mengadakan dan memberi sokongan penuh terhadap program yang dianjurkan DTTAS untuk memastikan mereka yang tiada pekerjaan merebut peluang yang ada,” jelasnya.

Pada masa yang sama, Uggah turut berharap supaya adat asal Dayak tidak lenyap malah ia perlu terus dijaga, dipelajari dan dikekalkan.

“Seperti saya sendiri daripada keluarga yang ibu bapa seorang pekebun namun pendidikan ini mampu mengubah di mana kita dapat berdiri dan berada pada ” masa ini. Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Premier Sarawak

“Di Sarawak ini, kita menjadi contoh kepada Malaysia. Perpaduan di Sarawak adalah simbol di mana kita (Dayak) boleh bersama, sehati, satu pendapat, duduk bersama dengan bangsa lain,” ujarnya.

 ?? — Gambar Penerangan ?? AMANAT: Uggah berucap pada Majlis Pengerami Ngiling Bidai anjuran DTTAS di PCC, Kuching, malam kelmarin.
— Gambar Penerangan AMANAT: Uggah berucap pada Majlis Pengerami Ngiling Bidai anjuran DTTAS di PCC, Kuching, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia