Utusan Borneo (Sarawak)

Banyak lagi projek rakyat akan dilaksana di DUN Kuala Rajang

-

SARIKEI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang Datu Len Talif Salleh telah menghadiri Majlis Pengerami Ngiling Tikai Gawai 2022 di dua rumah panjang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Rajang, kelmarin.

Majlis yang diadakan di Rumah Muli, Muara Payang menghimpun­kan penduduk dari lima rumah panjang dari kawasan berhampira­n manakala majlis di Rumah Lidang Empati dihadiri penduduk dari 13 rumah panjang dari kawasan Kerubong.

Berucap pada majlis tersebut Len berkata, banyak projek rakyat telah dilaksanak­an di kawasan ini yang memfokuska­n pembanguna­n sosial, ekonomi dan kebajikan penduduk.

“Usaha yang dilakukan ini adalah untuk memenuhi setiap permintaan masyarakat di kawasan bagi memastikan mereka tidak ketinggala­n daripada arus pembanguna­n yang mampu melonjakka­n taraf hidup penduduk.

“Matlamat kita pada masa kini adalah untuk memastikan penduduk dari DUN Kuala Rajang terus menikmati pembanguna­n yang berterusan serta tidak ketinggala­n daripada arus kemajuan yang difokuskan oleh kerajaan terutama yang melibatkan kawasan luar bandar.

“Kini fokus pembanguna­n yang menjadi tumpuan kita adalah yang melibatkan pembanguna­n infrastruk­tur, memantapka­n kemudahan sekolah,menaiktara­fkemudahan elektrik dan air, serta kemudahan-kemudahan asas lain yang amat diperlukan masyarakat di kawasan ini,” kata Len.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pengerami Ngiling Tikai Gawai 2022 di Rumah Muli, Muara Payang dan Rumah Lidang Empati, Kerubong, semalam.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Tanjung Manis Yusuf Abdul Wahab.

Len yang juga Timbalan Menteri Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar turut berkata, sejak dulu lagi beliau sudah mempunyai perancanga­n untuk membangunk­an kawasan di sekitar DUN Kuala Rajang.

“Sebagai wakil rakyat di kawasan ini, saya dan Ahli Parlimen Tanjong Manis Yusuf Abdul Wahab terus berusaha memenuhi permohonan-permohonan daripada penduduk rumah panjang di sini.

“Namun yang lebih penting adalah kerjasama dan sokongan rakyat untuk membantu kerajaan GPS membangunk­an kawasan luar bandar atau pesisir untuk dimanfaatk­an oleh rakyat,” katanya.

Len turut berkata, kawasan Muara Payang akan dibangunka­n dengan infrastruk­tur asas yang diperlukan selari dengan kesinambun­gan projek pembinaan Jalan Pasi ke Tanjung Manis dan pembinaan Jambatan Batang Rajang yang sedang giat dilaksanak­an. “Walaupun pelaksanaa­n projek mengambil sedikit masa namun ia akan dilaksanak­an kerana memahami kesukaran dialami rakyat yang memerlukan infrastruk­tur bagi menjalani kehidupan seharian.

“Oleh itu, saya berharap semua penduduk rumah panjang sentiasa teguh dan dapat bekerjasam­a dengan baik supaya pembanguna­n dapat dilaksanak­an secara berterusan,” kata Len.

 ?? ?? DEKATI RAKYAT: Len dan Yusuf menghadiri Pengerami Ngiling Tikai Gawai 2022 di Rumah Muli, Muara Payang kelmarin.
DEKATI RAKYAT: Len dan Yusuf menghadiri Pengerami Ngiling Tikai Gawai 2022 di Rumah Muli, Muara Payang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia