Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat berbilang kaum diseru sentiasa bersatu padu

-

SIBU: Semua rakyat berbilang kaum di negeri ini diseru supaya sentiasa bersatu padu demi memajukan Sarawak.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat Dr Annuar Rapaee mahu semua rakyat di Sarawak tidak mengira Iban, Melayu, Melanau, Cina dam sebagainya bekerjasam­a untuk tujuan tersebut.

“Melanau, Cina, Iban, Bidayuh, Orang Ulu dapat duduk bersama-sama dalam majlis seumpama ini.

“Anda minum, saya tidak minum, tiada masalah, yang pentingnya kita dapat memahami antara satu sama lain, janjinya kita dapat bersatu padu dan bekerjasam­a tidak mengira bangsa, Sarawak adalah kita punya.

“Inilah harapan saya untuk semua yang hadir pada malam ini,” jelasnya semasa berucap pada Majlis Sambutan Hari Gawai Dayak 2022 anjuran bersama PDP N.53 Bawang Assan dan PBB Zon Tengah di sebuah hotel terkemuka di sini, kelmarin.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) Jefferson Jamit Unyat, Presiden PDP Dato Sri Tiong King Sing, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Shafiee Ahmad, ADUN Katibas Lidam Assan, Setiausaha Politik Premier Sarawak Romeo Christophe­r Tegong, Pengerusi PDP N.53 Bawang Assan Wong Hua, pengerusi jawatankua­sa pengelola Kaunselor Joshua Ting serta tetamu jemputan yang lain.

Sementara itu, Dr Annuar yang juga ADUN Nangka mengajak semua delegasi dan perwakilan daripada 18 cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang hadir memberikan sokongan penuh kepada Shafiee dan Syed Hamzah Datuk Wan Hamid Edruce yang akan bertanding sebagai calon Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dalam perhimpuna­n agung parti tersebut pada 17 hingga 19 Jun ini di Kuching.

“Pada malam ini ada dua calon yang hadir, pertama ialah nombor 13 Shafiee Ahmad dan yang kedua calon nombor 5 Syed Hamzah.

“Saya minta semua ahli Pesaka dari 18 cawangan yang hadir pada malam ini untuk memberikan sokongan kepada dua calon tersebut bagi mewakili kita di zon tengah ini,” ujarnya.

 ?? ?? ADAT: Dr Annuar (empat kiri), Tiong (tiga kanan), Jamit (dua kanan), Shafiee (kanan), Lidam (kiri) dan Joshua (dua kiri) ketika bersama-sama menjalanka­n upacara ‘miring’ pada majlis tersebut.
ADAT: Dr Annuar (empat kiri), Tiong (tiga kanan), Jamit (dua kanan), Shafiee (kanan), Lidam (kiri) dan Joshua (dua kiri) ketika bersama-sama menjalanka­n upacara ‘miring’ pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia