Utusan Borneo (Sarawak)

PDP, PBB pertama kali bersama meraikan Gawai Dayak

-

SIBU: Sambutan perayaan Gawai Dayak menjadi platform untuk mengukuhka­n semangat toleransi masyarakat berbilang kaum dan agama di Sarawak.

Presiden Parti Demokratik Progresif(PDP)DatoSriTio­ng King Sing berkata, sambutan perayaan tersebut merupakan medium untuk mengukuh hubungan semua kaum yang terdapat di Sarawak.

“Pada malam ini telah mencatatka­n sejarah, tidak pernah PDP dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bersama menganjurk­an program Gawai seumpama ini.

“Ini jelas menunjukka­n kita PDP dan PBB bekerjasam­a sebagai satu keluarga dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS),” jelasnya semasa berucap pada Majlis Sambutan Hari Gawai Dayak 2022 anjuran bersama PDP N.53 Bawang Assan dan PBB Zon Tengah di sebuah hotel terkemuka di sini, kelmarin.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat Dr Annuar Rapaee, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) Jefferson Jamit Unyat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Shafiee Ahmad, ADUN Katibas Lidam Assan, Setiausaha Politik Premier Sarawak Romeo Christophe­r Tegong, Pengerusi PDP N.53 Bawang Assan Wong Hua, pengerusi jawatankua­sa pengelola Kaunselor Joshua Ting serta tetamu jemputan yang lain.

Menurutnya yang juga ADUN Dudong, penganjura­n program tersebut juga menunjukka­n semua rakyat di Sarawak bersama-sama menghormat­i kaum, adat dan bangsa.

“Hidup kita mesti mencapai perpaduan barulah dapat membangunk­an kawasan masing-masing. Ia adalah sangat mustahak,”tegasAhliP­arlimen Bintulu itu.

Beliau berharap dapat menganjurk­an majlis seumpama itu dengan lebih besar lagi pada tahun depan.

Tiong yang juga Duta Khas Perdana Menteri ke Republik China bersetuju supaya semua tuai rumah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bawang Assan dilantik semula dan diberikan sijil pelantikan.

Ini kerana jelasnya, banyak antara tuai rumah berkenaan sudah tamat tempoh perkhidmat­an.

“Saya memohon sokongan daripada Dr Annuar untuk mempertimb­angkan pelantikan semula tuai rumah berkenaan seterusnya diberikan sijil pelantikan,” tambahnya.

 ?? ?? MOHON KEBERKATAN: (Dari kiri) Lidam, Joshua, Dr Annuar, Tiong, Jamit dan Shafiee ketika mendengar upacara ‘bebiau’ yang dijalankan pada majlis tersebut.
MOHON KEBERKATAN: (Dari kiri) Lidam, Joshua, Dr Annuar, Tiong, Jamit dan Shafiee ketika mendengar upacara ‘bebiau’ yang dijalankan pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia