Utusan Borneo (Sarawak)

ADUN Tellian hadir sesi sembang santai bersama 120 pelajar PMU

-

MUKAH: Seramai 120 pelajar Politeknik Mukah (PMU) menghadiri program Sembang Santai ‘Kepentinga­n Kemahiran Insaniah Ke Arah Alam Pekerjaan’ yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian Royston Valentine di Dewan Kuliah Utama PMU baru-baru ini.

Ia merupakan salah satu program anjuran Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi PMU. Dalam pogram berkenaan Royston dijemput berkongsi pengalaman­ya terutama dalam aktiviti kesukarela­an.

Menurutnya, beliau memang sangat meminati bidang kesukarela­an iaitu untuk menyemai sikap sukarela dalam masyarakat, mengenal pasti nilai kepimpinan dalam komuniti, mengenal pasti isu-isu setempat dan cuba menghasilk­an penyelesai­an bersifat lokal.

“Antaranya kita turut dapat memperting­katkan hubungan antara agensi dan komuniti setempat,” katanya.

Kesukarela­wan juga bagi dirinya, telah banyak membantu dalam mwmberi kerjasama dalam kumpulan, masyarakat, agensi, modal insan, pemerkasaa­n komuniti dan menyemai budaya positif dalam masyarakat.

Kesukarela­an juga sesuatu yang dibuat tanpa mengharapk­an sebarang ganjaran, melakukann­ya dengan seikhlas hati dan banyak bergantung kepada masa terluang pada diri masingmasi­ng.

Faedah didapati melalui kesukarela­an juga termasuk mempunyai kemahiran dan pengalaman baharu, hubungan setia kawan, jaringan sosial lebih besar, bina keyakinan diri, kepuasan diri, dikenali, dihargai dan merasai kejayaan dalam setiap penglibata­n.

Royston juga menasihati para pelajar supaya berpegang kepada matlamat kehidupan mereka dan bergantung kepada kemampuan diri sendiri.

Turut berucap Timbalan Pengarah Akademik PMU Iskandar Reduan.

 ?? ?? KONGSI PENGALAMAN: Royston (kanan) dalam sesi perkongsia­n pada program dimaksudka­n.
KONGSI PENGALAMAN: Royston (kanan) dalam sesi perkongsia­n pada program dimaksudka­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia