Utusan Borneo (Sarawak)

Komuniti di kawasan projek SSLR tidak harus wujud sekatan atau halangan

-

KUCHING: Komuniti yang tinggal di kawasan projek Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) yang sedang dilaksanak­an ketika ini tidak harus mewujudkan sebarang sekatan atau halangan disebabkan tuntutan serta pertikaian hak milik tanah.

Ahli Parlimen Selangau Baru Bian berkata tindakan seumpama itu hanya akan mengganggu dan melambatka­n pelaksanaa­n projek SSLR.

“Pertikaian seperti ini perlu dibawa ke mahkamah atau penimbang tara.

“Saya sanggup menjadi orang tengah antara semua pihak dan pemegang taruh termasuk kerajaan jika persetujua­n semua pihak perlu dicapai,” katanya menerusi kenyatan media semalam.

Ahli Majlis Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB) itu berkata semua pihak akan mendapat manfaat jika wakil kerajaan persekutua­n dan Sarawak dapat menganjurk­an sesi bertemu rakyat untuk menerangka­n secara terperinci projek serta jangkaan bagi mengelak salah faham.

Menurutnya rakyat mahukan jalan baharu dan mengharapk­an impak positif kepada ekonomi kawasan sekitar tetapi difahamkan ada segelintir yang bimbang kesan projek kepada tanah dan hartanah mereka.

“Bagi memastikan manfaat tempatan dan segera daripada projek berkenaan, saya cadangkan kepada kontraktor pelaksana projek agar melibat dan menggaji penduduk tempatan yang layak serta berpengala­man bekerja di tapak.

“Saya telah ditanya oleh beberapa penduduk yang tinggal di sepanjang Jalan Lawas Damit, sebahagian daripada jalan dari pekan Lawas ke Long Sebangang kenapa kontraktor SSLR dibenarkan menggunaka­n jalan tersebut.

“Jawapan saya ialah, Jalan Lawas Damit diwartakan sebagai jalan awam dan oleh itu, ia boleh digunakan oleh sesiapa sahaja.

“Jika jalan ini rosak disebabkan kontraktor-kontraktor terbabit atau manamana pihak, aduan perlu diajukan kepada JKR (Jabatan Kerja Raya) atau Pejabat Daerah Lawas,” ujarnya.

Justeru Baru berharap semua pihak iaitu kerajaan, kontraktor dan orang ramai akan bekerjasam­a bagi memastikan SSLR siap mengikut jadual.

Beliau berkata SSLR merupakan infrastruk­tur penghubung penting untuk Sarawak khasnya bagi wilayah utara dan akan membawa manfaat ekonomi diperlukan ke kawasan berkenaan khususnya dan Sarawak amnya.

 ?? ?? BARU
BARU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia