Utusan Borneo (Sarawak)

Penulis novel harus peka sasaran pembaca: Fizziany

-

MIRI: Penulis novel harus mengetahui sasaran pembaca untuk membolehka­n buku yang dihasilkan mendapat sambutan ramai.

Penerbit dan penulis novel tempatan Fizziany Ahmad berkata, penulis juga harus peka dengan kandungan penulisan iaitu yang berkaitan dengan masyarakat.

“Pertama kena peka, kedua kena tahu siapa sasaran pembaca, kalau dia tahu siapa sasaran pembaca, buku mudah jual, kalau tulis tidak tahu siapa golongan pembaca, buku akan terperap dalam stor, “jelas beliau.

Beliau menambah, rujukan pembaca pada masa sekarang sudah dinaik dan berubah mengikut waktu.

Beliau percaya dan yakin industri penulisan tempatan akan terus bertahan dengan keupayaan penulis menarik perhatian masyarakat untuk terus membaca hasil karya mereka.

“Penulis kena keluar buku yang betul dan pada golongan sasaran yang betul dan buku itu boleh pergi,” jelasnya.

Mengulas tentang novel sains fiksyen dan fantasi kata Fizziany, genre tersebut mempunyai masa depan yang cerah.

Menurutnya, menggalakk­an lebih ramai penulis termasuk mencari generasi pelapis diperlukan untuk mengangkat genre itu yang harus diselit mesej dan kupasan isu seperti kemanusiaa­n dan kelestaria­n alam sekitar.

Fizziany bermula dalam bidang penulisan selepas buku pertamanya diterbitka­n di bawah penerbitan Jemari Seni pada 2014 dan sempat menerbitka­n empat novel.

Beliau juga berkecimpu­ng dalam bidang swa-terbit pada 2018 dengan karya pertama iaitu Geng Toyol.

Sejak 2018, di bawah label Fizziany Publicatio­n, terbitan demi terbitan mulai rancak dengan pelbagai genre.

Beliau menerbitka­n buku siri fantasi pentalogi Nanoken

dengan kerjasama pencetus idea asal buku itu Hafizul Mohd Razali.

Hafizul berkata, idea menghasilk­an buku itu bermula 2010 dengan membuat kajian sejarah watak-watak adiwira popular di komik dan filem.

Watak adiwira dalam buku ini dicipta menggunaka­n motif Sarawak yang turut melibatkan kajian biomimetri­k, teknologi hijau dan temu bual dengan penduduk tempatan.

Dalam pada itu, Hafizul teruja kerana buku siri Nanoken dipamer jual dalam Pesta Buku Antarabang­sa Kuala Lumpur (PBAKL) selama 10 hari berakhir semalam di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (PWTC).

Beliau gembira buku itu mendapat sambutan menggalakk­an walaupun pertama kali menyertai pameran itu.

Sebanyak 700 gerai dibuka membabitka­n hampir 200 penerbit tempatan dan antarabang­sa termasuk Indonesia, Singapura dan Turki.

 ?? ?? BANGGA: Fizziany dan Hafizul menunjukka­n buku siri Nanoken di PBAKL PWTC.
BANGGA: Fizziany dan Hafizul menunjukka­n buku siri Nanoken di PBAKL PWTC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia