Utusan Borneo (Sarawak)

Hari Penderma Darah Miri kumpul 95 pain darah

-

MIRI: Sebanyak 95 pain darah berjaya dikumpul untuk Tabung Darah Hospital Miri semasa Hari Penderma Darah di Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Miri di sini, semalam.

Menteri Pengangkut­an Sarawak merangkap ADUN Senadin dan Penasihat PBSM Miri Dato Sri Lee Kim Shin hadir menemui penderma dan menyampaik­an sijil penghargaa­n.

Pengerusi penganjur Kaunselor Karambir Singh berkata, kempen tersebut mendapat sambutan menggalakk­an dengan penyertaan 121 orang.

Daripada jumlah tersebut 18 orang adalah penderma baharu iaitu pertama kali menderma darah.

“Aktiviti adalah kempen derma darah kali ke-211 di PBSM yang disertai 10,997 orang dan daripada jumlah itu seramai 9,208 orang layak menderma darah,” jelasnya.

Beliau memberitah­u, seramai 31 peserta pula telah mengisi borang ikrar sebagai penderma organ.

Aktiviti ini turut mendapat sokongan Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA).

 ?? ?? TAHNIAH: Lee menyerahka­n sijil penghargaa­n kepada penderma darah sambil disaksikan Kaunselor Jeffery Phang dan Karambir Singh di Miri, semalam.
TAHNIAH: Lee menyerahka­n sijil penghargaa­n kepada penderma darah sambil disaksikan Kaunselor Jeffery Phang dan Karambir Singh di Miri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia