Utusan Borneo (Sarawak)

PBSM Cabang Lundu anjur derma darah di Hospital Lundu

-

KUCHING: Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Cabang Lundu telah menganjurk­an Program Derma Darah di Makmal Tabung Darah Hospital Lundu, Ahad.

Program sempena Hari Derma Darah Sedunia itu juga mendapat kerjasama Rakan Pembimbing Perkhidmat­an Awam (AKRAB) Pejabat Pendidikan Daerah Lundu.

Setiausaha PBSM Cabang Lundu Lee Choi Jin berkata, program tersebut bertujuan membantu mengisi tabung darah di Hospital Lundu.

Katanya seramai 40 orang berhasrat untuk menderma tetapi hanya 30 orang sahaja yang layak diterima selepas ditapis.

Program ini turut mendapat sokongan padu dan tajaan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar Billy Sujang.

Penganjur dalam pada itu berterima kasih keapsa Billy atas sokongan padu dan tajaan bagi program ini.

Penghargaa­n turut diberikan kepada Jawatankua­sa Pengambila­n Darah PBSM Cabang Lundu, AKRAB Pejabat Pendidikan Daerah Lundu, pegawai-pegawai Hospital Lundu serta penderma-penderma yang menjayakan program berkenaan.

 ?? ?? SOKONGAN: Lee (dua kanan) bersama ahli jawatankua­sa penganjur yang lain merakam gambar bersama salah seorang penderma darah.
SOKONGAN: Lee (dua kanan) bersama ahli jawatankua­sa penganjur yang lain merakam gambar bersama salah seorang penderma darah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia