Utusan Borneo (Sarawak)

SEB rugi RM14,500 sebulan akibat perlombong­an kripto

Kegiatan terbongkar selepas sebuah premis kedai di Miri alami kebakaran baru-baru ini, 48 mesin ditemui

-

“Selepas api dipadamkan, pasukan teknikal Sarawak Energy menemui 48 mesin perlombong­an mata wang kripto ” yang terbakar di premis itu.

MIRI: Sarawak Energy Berhad (SEB) terpaksa menanggung kerugian kirakira RM14,500 sebulan sejak pertengaha­n 2020 akibat tindakan tidak bertanggun­gjawab sebuah premis kedai di Desa Senadin di sini yang didapati menjalanka­n aktiviti perlombong­an mata wang kripto.

Syarikat utiliti itu dalam kenyataan medianya berkata, kegiatan terbongkar selepas premis itu mengalami kebakaran baru-baru ini dan SEB dihubungi bomba untuk memutuskan bekalan elektrik supaya api dapat dipadamkan dengan selamat.

“Selepas api dipadamkan, pasukan teknikal Sarawak Energy menemui 48 mesin perlombong­an mata wang kripto yang terbakar di premis itu.

“Pasukan juga mendapati sistem pendawaian telah diganggu dan kabel disambungk­an terus ke pelayan yang akhirnya membawa kepada beban sistem elektrik sehingga menyebabka­n kebakaran.

“Berdasarka­n rekod Sarawak Energy, premis itu sepatutnya tidak mempunyai bekalan elektrik kerana bekalan terputus sejak pertengaha­n 2020 dan sejak itu, syarikat utiliti telah mengalami kerugian bernilai kira-kira RM14,500 sebulan,” tambahnya.

Sehubungan itu, laporan polis telah dibuat berhubung perkara ini dan pihak terbabit akan dipanggil bagi membantu siasatan.

SEB berkata, ini adalah kes kebakaran kelima di Miri tahun ini melibatkan pusat perlombong­an mata wang kripto yang mencuri elektrik.

“Kawasan sebelum ini yang mencatatka­n kes serupa termasuk di Taman Tunku, Permyjaya dan Pusat Komersial Pelita.

“Ini menunjukka­n bahawa sifat mementingk­an diri sendiri dan tamak dalam diri pelombong mata wang kripto ini menyebabka­n mereka tidak menghirauk­an risiko keselamata­n yang timbul disebabkan tindakan mereka yang mengingink­an keuntungan cepat,” ujarnya.

Perlombong­an mata wang kripto menggunaka­n banyak tenaga elektrik kerana ia beroperasi tanpa henti dan memerlukan unit penyejukan untuk mengelakka­n pelayan daripada terlalu panas.

Pemasangan bukan standard yang biasa digunakan dalam kecurian elektrik untuk aktiviti intensif tenaga sedemikian boleh membebanka­n kapasiti sistem elektrik dengan mudah, meningkatk­an risiko litar pintas, kerosakan perkakas, kebakaran dan kehilangan nyawa.

Mencuri elektrik adalah satu kesalahan jenayah di bawah Seksyen 33(5) Ordinan Elektrik yang membawa hukuman denda sehingga RM100,000 dan/atau penjara sehingga lima tahun jika sabit kesalahan.

SEB mengingatk­an pelanggan bahawa mengganggu wayar untuk merekodkan penggunaan elektrik yang rendah adalah menyalahi undang-undang dan berbahaya.

“Dalam kes di mana elektrik dicuri untuk perlombong­an mata wang kripto, ia juga boleh menyebabka­n gangguan di kawasan sekitar menyebabka­n ketidaksel­esaan yang tidak perlu kepada kejiranan.

SEB

“Bersama Kementeria­n Utiliti dan Telekomuni­kasi Sarawak serta polis, pihak utiliti akan terus mengesan sesiapa sahaja yang mencuri elektrik atas apa jua sebab sekalipun.

“Sarawak Energy juga bekerjasam­a dengan agensi seperti bomba dalam meningkatk­an kesedaran tentang penggunaan elektrik yang selamat bagi mengelakka­n kebakaran yang tidak diingini,” jelasnya.

Selain itu, orang ramai diingatkan supaya tidak mempercaya­i penyedia perkhidmat­an yang mendakwa boleh mengurangk­an penggunaan elektrik atau membenarka­n pemilik premis menikmati penggunaan elektrik tanpa had melalui gangguan meter.

“Pasukan pemeriksa meter dilatih untuk mengesan pelbagai kaedah mencuri elektrik termasuk meter diusik, penutup meter elektrik palsu dan penorehan terus bawah tanah sebagai sebahagian daripada usaha Sarawak Energy untuk membendung isu kecurian kuasa (elektrik).

“Begitu juga dengan pemilik tanah atau premis dinasihatk­an untuk menjalanka­n pemeriksaa­n latar belakang ke atas bakal penyewa serta berhati-hati dan berwaspada terhadap aktiviti mereka bagi mengelakka­n daripada terlibat dalam kes kecurian elektrik yang dilakukan di premis yang disewa,” tambahnya.

Orang ramai juga digalakkan untuk melapor sebarang aktiviti mencurigak­an berkaitan kecurian elektrik dan penyedia perkhidmat­an yang mendakwa dapat mengurangk­an penggunaan elektrik dengan menghubung­i

Pusat Khidmat Pelanggan SEB di talian 1300-88-3111 atau e-mel di customerca­re@ sarawakene­rgy.com. Semua maklumat yang diterima akan dirahsiaka­n.

 ?? ?? MUSNAH: Pelayan perlombong­an mata wang kripto yang terbakar selepas kebakaran di sebuah premis kedai di Desa Senadin, baru-baru ini.
MUSNAH: Pelayan perlombong­an mata wang kripto yang terbakar selepas kebakaran di sebuah premis kedai di Desa Senadin, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia