Utusan Borneo (Sarawak)

Curi pasir, enam ditahan bersama rampasan lebih RM2.6 juta

-

SIBU: Pasukan Polis Marin Wilayah Lima Sarawak menumpaska­n aktiviti penyedutan pasir secara tidak sah membabitka­n rampasan berjumlah RM2,620,000 di perairan Paradom di sini pada Jumaat.

Komanderny­a Asisten Komisioner Zulfikar Mohd Ghazali berkata, Unit Risikan Marin (URM) Markas Taktikal Pasukan Polis Marin Wilayah 5 Sibu yang menjalanka­n Ops Landai menggunaka­n bot ronda diketuai seorang pegawai dan tiga anggota telah bertindak menahan sebuah kapal sedut pasir pada jam 2.30 petang itu.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati juragan kapal gagal menunjukka­n atau mengemukak­an lesen penyedutan pasir yang sah,” katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.

Katanya, pemeriksaa­n lanjut mendapati lesen kapal berkenaan juga telah tamat tempoh. Pasukan operasi kemudian menahan enam kru kapal termasuk dua warganegar­a Indonesia yang berusia antara 27 hingga 53 tahun,” jelasnya.

Zulfikar berkata, semua barang rampasan termasuk kapal sedut pasir bernilai RM2,500,000 dan peralatan dan pasir dianggarka­n lebih kurang 800 tan bernilai RM120,000 telah dirampas dan diserah kepada pegawai penyiasat Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sibu untuk siasatan serta tindakan selanjutny­a.

 ?? ?? RAMPAS: Kapal sedut pasir yang dikesan menjalanka­n aktiviti penyedutan pasir tanpa lesen yang sah di perairan Paradom.
RAMPAS: Kapal sedut pasir yang dikesan menjalanka­n aktiviti penyedutan pasir tanpa lesen yang sah di perairan Paradom.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia