Utusan Borneo (Sarawak)

Bahagian dapur rumah kosong terbakar

-

MIRI: Sebuah rumah tidak berpenghun­i nyaris musnah apabila dapurnya terbakar dalam kejadian di Jalan Gajus, Lutong Baru di sini, semalam.

Pemangku Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba II Ahmad Nizam Sapaiee berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira jam 5.30 pagi.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng diketuai Pegawai Bomba Kanan II Nasir Razali bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sekitar 13 kilometer dari balai selepas menerima panggilan kecemasan tersebut.

“Setibanya di tempat kejadian mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah kosong di mana bahagian dapur rumah jenis kekal satu tingkat itu terbakar dianggarka­n 20 peratus dan tiada melibatkan mangsa,” katanya dalam kenyataan media di sini.

Ahmad Nizam berkata setelah melakukan pemeriksaa­n, pasukan kemudianny­a menjalanka­n operasi dengan memotong kunci pagar dan kunci rumah, seterusnya membentang dua aliran salur bantu mula dan hos hantaran 100 kaki dengan dua pancutan air dari sumber air jentera dan pili bomba berdekatan.

“Api dapat dikawal sekitar jam 5.57 pagi dan padam sepenuhnya jam 6.43 pagi.

“Setelah memastikan keadaan semuanya selamat dan tiada punca api lain yang muncul, operasi tamat dan pasukan bergerak balik ke balai jam 6.45 pagi,” ujarnya.

 ?? ?? KEBAKARAN: Keadaan bahagian dapur sebuah rumah kosong yang terbakar awal pagi semalam.
KEBAKARAN: Keadaan bahagian dapur sebuah rumah kosong yang terbakar awal pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia