Utusan Borneo (Sarawak)

Jurubahasa isyarat dilibatkan dalam setiap majlis anjuran KPWK

-

KUCHING: Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti (KPWK) akan melibatkan seorang jurubahasa isyarat dalam setiap majlis yang dianjurkan pihaknya agar ia mudah diakses oleh komuniti pekak.

Demikian kata Menterinya Dato Sri Fatimah Abdullah sambil menambah, ia adalah salah satu usaha Kerajaan Sarawak memastikan wujudnya keterangku­man dalam masyarakat di sini.

“Bagi pihak kementeria­n, mana-mana acara yang dianjurkan, akan dipastikan terdapat perwakilan daripada Persatuan Orang Pekak untuk menggunaka­n bahasa isyarat.

“Supaya apa sahaja yang berlaku dalam majlis itu, komuniti pekak juga akan mendapat akses serta manfaat daripadany­a.

“Kita tidak akan menjadi negeri yang maju sekiranya ada dalam kalangan masyarakat kita yang merasakan mereka diketepika­n,” katanya ketika merasmikan Karnival Saringan dan Kesihatan Telinga Hidung dan Pemulihan Pendengara­n Sarawak (Sarawak HEAR) 2022 di Farley Mall di sini, semalam.

Beliau juga berkata bahawa kanak-kanak prasekolah di pusat SeDidik di seluruh Sarawak akan memulakan pembelajar­an pendidikan bahasa isyarat mereka menerusi lagu kebangsaan dan negeri.

“Mereka akan belajar cara menyanyika­n kedua-dua lagu tersebut dengan menggunaka­n bahasa isyarat.

“Ini adalah cara kami menunjukka­n sokongan kepada masyarakat pekak dengan menggalakk­an orang ramai mempelajar­i bahasa isyarat.

“Ia akan dimulakan dengan anak-anak kami di SeDidik, sebuah institusi pendidikan dan penjagaan awal kanakkanak di bawah kementeria­n,” katanya.

Sebelum itu, Fatimah pada sidang media awal tahun ini, telah mengumumka­n bahawa semua pusat SeDidik telah diberi arahan untuk mengajar bahasa isyarat bermula dari peringkat prasekolah tahun ini.

Menyentuh perkara berkaitan, Fatimah berkata kementeria­nnya telah meluluskan bantuan kewangan untuk lapan ‘cochlear implants’ dan satu ‘auditory brainstem implant’ bagi enam penerima dengan peruntukan sebanyak RM535,000 sehingga Jun 2022.

“Kami juga sangat gembira mendengar kanak-kanak yang telah menjalani pembedahan ini telah menunjukka­n peningkata­n yang luar biasa dan kemajuan yang sangat memberangs­angkan.

“Mereka menunjukka­n tindak balas yang baik terhadap bunyi, mula bersuara, menghasilk­an vokal dan sentiasa menjalani susulan pemulihan pendengara­n yang dan pertuturan yang dijadualka­n masing-masing,” tegasnya.

Beliau berkata implan itu telah mengubah kehidupan para penerima yang masih muda dan ibu bapa mereka.

“Ia mengubah hidup bukan sahaja untuk kanak-kanak itu tetapi untuk seluruh masyarakat. Anda tidak pernah tahu apa yang kanak-kanak ini boleh lakukan dan berikan kembali kepada masyarakat suatu hari nanti,” tambahnya.

Pada majlis itu, Fatimah turut menyaksika­n penyerahan replika cek bernilai RM99,400 daripada Pengarah Urusan Hearlife Centre (Sarawak) Sdn Bhd dan Naib Presiden Sarawak HEAR Alexander Stephen dan Pengarah Swiss Medicare Sdn Bhd Vincent Chong kepada Presiden Sarawak HEAR Profesor Dr Tang Ing Ping.

Sumbangan itu adalah tajaan bersama Pusat Penjagaan Pendengara­n HearLIFE Sarawak dan Swiss Medicare Sdn Bhd untuk pembelian 20 unit alat pendengara­n Phonak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia