Utusan Borneo (Sarawak)

Pasukan Khidmat Masyarakat DUN Senadin turun padang

-

MIRI: Pasukan Khidmat Masyarakat bagi Pejabat DUN Senadin, kelmarin tampil bertemu dengan orang ramai dan masyarakat setempat bagi mendapatka­n maklum balas mengenai beberapa isu yang berlaku di kawasan mereka.

Diketuai ADUN Senadin merangkap Pengerusi SUPP Senadin Dato Sri Lee Kim Shin, pasukan berkenaan mengadakan kunjungan ke Medan Selera Awam Morsjaya menerusi Program Walkabout dan sesi bertemu rakyat.

Lee yang Menteri Pengangkut­an Sarawak berpuas hati kerana program berkenaan mendapat sambutan memberangs­angkan daripada penduduk dan pelanggan yang berkunjung serta para peniaga di situ.

“Mereka bukan sahaja mengalu-alukan jawatankua­sa kami kerana datang dan meluangkan masa berbual serta bertanyaka­n khabar dengan mereka, malah turut mengambil kesempatan itu untuk bertemu dengan saya dan pasukan saya bagi menyampaik­an masalah yang dihadapi mereka.

“Ada antara mereka yang datang kepada saya dan pasukan saya, menyuaraka­n masalah dan meminta kami menyelesai­kan isu seperti longkang tersumbat, banjir kilat, pemasangan lampu jalan, penurapan semula jalan dan masalah bekalan air,” katanya.

Menurut Lee, pada masa yang sama ahli pasukan perkhidmat­annya juga bercakap dengan orang awam dan mengumpul maklum balas untuk direkodkan dan bagi mengenal pasti masalah yang berlaku di kawasan DUN berkenaan.

Menyertai Lee ialah Kaunselor Jeffery Phang Siaw Foong, Kapitan Jee Kee Hiong, beberapa AJK Riam dan ahli bahagian wanita dan belia.

 ?? ?? BUAL: Lee berbual dengan beberapa pelanggan yang berkunjung ke Medan Selera Awam di Morsjaya di Miri, kelmarin.
BUAL: Lee berbual dengan beberapa pelanggan yang berkunjung ke Medan Selera Awam di Morsjaya di Miri, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia